Sekadar renungan.... .......buat
peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah
menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya ber din din gkan buluh
bertanggakan batang kelapa. Di
serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan
letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara
mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana
emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya. "Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..." "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan." "Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari
ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..". "Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak
itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berban din g bulan lain
kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang
hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di
simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu
kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh
kilo beras untuk disedekahkan kepada
keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia
melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging
malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang
sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru
sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu
kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang,
mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku
sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku
dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka
sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."
Aku
bertanya kepada emaknya macam mana
dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia
memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia
telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang
telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya
semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan
setiap hari. Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat." Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah
anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup
anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang
ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah
terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah,
masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan