Jumaat, 31 Disember 2010

Ganja..... Dan..... Kesannya.....

Pengenalan
Kanabis atau Ganja adalah sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan. Ia biasa disalahgunakan untuk tujuan relaksasi, dan memberi si pengguna perasaan seronok. Ia juga digunakan untuk aspek perubatan, contohnya bagi mengurangkan sakit dan perawatan paliatif bagi mereka yang mengalami penyakit kanser di peringkat akhir hayat (terminal).


Ganja diperolehi dari sejenis pohon yang bernama 'cannabis sativa' atau hemp. Pohon kanabis mengeluarkan sejenis damar, yang meliputi bahagian pohon yang berbunga dan dedaun di sebelah atas.. Damar ini mengandungi satu sebatian psikoaktif yang dipanggil THC (tetrahydrocannabinoid). Kepekatan THC berbeza mengikut bahagian pohon tersebut. Kesemua bahagian pohon boleh digunakan. Nama panggilan yang lazim digunakan penagih juga berbeza mengikut bahagian mana yang di guna. Nama biasa yang digunakan adalah marijuana, pot, weed, dope, hashish atau hash. Ia biasanya dihisap atau disedut. Ia boleh digulung seperti tembakau atau disedut melalui shisha (water pipe).


Tanda-tanda dan gejala
Apakah tanda-tanda dan gejala penyalahgunaannya?
Pada peringkat awal, penggunaan ganja boleh mendatangkan perasaan tenang dan relaks, peningkatan perasaan waspada, penambahan selera makan dan mata menjadi merah. Bila digunakan berpanjangan ia boleh menyebabkan hilang keseimbangan, lembap dalam berfikir, lambat masa bertindakbalas, gangguan daya ingatan, kesukaran bernafas, kadar denyutan jantung meningkat, kebimbangan, perasaan curiga dan sangsi.


Komplikasi
Ganja juga boleh menyebabkan tanda-tanda gian jika digunakan pada dos yang tinggi. Gejala-gejala itu termasuk:
*Kebimbangan
*Lekas marah
*Berpeluh
*Hilang selera makan
*Kemuraman
*Gangguan tidur


Ganja juga telah dikenalpasti boleh mengurangkan bilangan sperma dan boleh menyebabkan kemandulan.
Ia boleh membuat si pengguna beralih kepada heroin dan menyebabkan ketagihan dan pergantungan. Ia boleh menghasilkan penyakit mental yang serius, seperti penyakit kemurungan dan penyakit paranoid.


Kumpulan Sokongan
**Addiction Centre
**Agensi Anti Dadah Kebangsaan
**PEMADAM
**PENGASIH
**Guru

Psychiatrists
**Specialist Counsellors in Addiction Issues
**Clinical Psychologists
**Ibu bapa
**Guru sekolah

Masalah Sembelit.......

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Tanda dan Gejala
Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
Perut kembung, kejang atau sakit.
Kurang selera makan.
Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-Sebab

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
Kurang serat dalam diet.
Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
Pengubatan.
Susu.
Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
Penyalahgunaan julap.
Menahan untuk membuang air besar.
Kekurangan air.
Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
Masalah dengan kolon dan rektum.
Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Komplikasi

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
Anda dalam kesakitan.
Anda mendapati najis anda berdarah.
Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
Minum banyak air.
Lakukan senaman secara berkala.
Jangan menahan untuk membuang air besar.
Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.

Selasa, 28 Disember 2010

Selsema

Influenza menyerang saluran pernafasan tubuh seseorang (hidung, tekak dan paru-paru).
Ia merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan mudah merebak setiap tahun.
Ia disebabkan oleh Virus Influenza kumpulan A dan B. Jenis-jenis virus influenza yang menyebabkan selesema mungkin berbeza dari tahun ke tahun. Wabak terbaru iaitu ´Avian Flu´ (selesema burung) telah menyerang banyak negara.

Jangkitan boleh merebak kepada orang lain melalui udara yang di cemari oleh batuk, bersin dan bercakap dengan pengidapnya.

Tanda dan Gejala

Flu tidak sama dengan selesema biasa. Gejala Flu biasanya lebih teruk dan mungkin memerlukan anda berehat dari tugas harian.

Tanda-tanda dan gejala penyakit adalah bergantung pada tahap keterukkan :
Demam tinggi (39 – 40°C)
Sakit kepala yang teruk
Sakit dan lenguh-lenguh badan
Ketidakselesaan bernafas
Batuk mungkin menjadi teruk
Letih lesu
Lemah dan tidak bermaya boleh menjangkau ke 2-3 minggu.
Kerap bersin, hidung tersumbat dan sakit tekak.

Manakala selesema pula pesakit jarang mendapat demam,sakit kepala dan letih lesu tak bermaya. Mereka biasanya mengadu hidung tersumbat batuk dan sakit tekak.

Komplikasi

Untuk individu sihat, flu akan sembuh dalam masa 7 hingga 10 hari dan gejala teruk berkurangan dalam masa 3 hingga 4 hari.

Komplikasi yang teruk termasuklah :
Pneumonia(jangkitan paru-paru)
Jangkitan sinus
Jangkitan telinga
Jangkitan selaput meninges otak

Pesakit yang berisiko mendapat komplikasi adalah :
Kanak-kanak dibawah umur 4 tahun
Penghuni Rumah Orang Tua ("Nursing Home")
Warga Emas
Wanita Hamil
Penderita sakit paru-paru seperti COPD, kegagalan fungsi jantung dan ginjal
Pesakit HIV/AIDS
Pesakit kanser

Rawatan

Penjagaan di rumah yang sempurna dapat melegakan gejala dan komplikasi yang mungkin timbul.
Rehat yang cukup, makanan yang seimbang dan senaman ringan dapat membantu mimbina pertahanan badan.
Bahan Ubatan yang dibeli tanpa priskripsi doktor contohnya Paracetamol (Panadol) dapat mengurangkan demam, sakit kepala dan sengal-sengal otot.
Ubat pereda hidung tersumbat dan semburan hidung dapat membantu melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan tisu-tisu bengkak.
Minumlah air yang .

Dapatkan rawatan dari klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejala-gejala lain.

Pencegahan
Jauhkan tempat yang sesak.
Orang dewesa berumur 50 dan keatas, pesakit-pesakit COPD dan kumpulan lain yang berisiko, dapatkan suntikan vaksin flu shot bagi mencegah selesema.

Soalan Lazim

Adakah terdapat ubat tertentu bagi merawat influenza?

Ya, terdapat ubat-ubat anti virus bagi merawat keadaan yang teruk.

Adakah sebarang vaksinasi (pelalian) untuk mengelak selesema?

Tiada sebarang vaksinasi (pelalian) bagi merawat selesema kerana virus selesema yang berbagai dan tidak spesifik seperti influenza.

Sakit Dada

Kesakitan atau rasa tidak selesa pada bahagian dada berlaku apabila dada terasa berangin, perut sebu, terasa sesak, berat atau rasa seperti ditekan. Sakit dada merujuk kepada sakit pada bahagian dada, bahagian atas perut termasuklah sakit pada bahagian belakang atas badan, tekak, rahang, bahu dan kedua-dua lengan. Sakit dada merupakan satu keadaan yang perlu diambil perhatian serius memandangkan ia boleh membawa maut.

Punca

Sakit dada tidak semestinya dikaitkan dengan seseorang yang mendapat serangan penyakit jantung. Ramai juga pesakit yang mendapat sakit pada dada ini tidak mengalami serangan jantung.
Serangan jantung (penyakit koronari jantung) berlaku apabila terdapat saluran darah ke jantung tersumbat.
Lain-lain jenis penyakit jantung seperti masalah injap jantung.
Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut.
Sakit di bahagian perut hingga ke dada.
Sakit di bahagian luar dada seperti otot, sendi dan rusuk.
Penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti asma.
Kecederaan pada dada disebabkan oleh kemalangan atau terjatuh.
Gangguan emosi seperti kebimbangan, panik dan tekanan
Sakit belakang.

Rawatan

Sakit dada yang berlaku di kalangan orang muda yang sihat biasanya tidak merbahaya jika :
kadar kesakitan berubah mengikut perubahan posisi badan
kadar kesakitan bertambah teruk apabila batuk atau ketika menarik nafas dalam-dalam
sakit yang sama sebelum ini dan penyakit jantung telah dikenalpasti.

Selain dari faktor di atas, sila dapatkan nasihat doktor anda bagi mengenalpasti jika anda ada tanda-tanda penyakit jantung. Ini kerana rawatan segera dan agresif dapat dibuat untuk menyelamatkan nyawa.
Jika sakit dada yang disebabkan oleh faktor yang lain, pemeriksaan yang rapi perlu dibuat.Ujian X-Ray, endoskopi (ujian untuk melihat keadaan tidak normal pada saluran penghadaman) atau fungsi paru-paru.
Anda boleh mencuba ubat Antiasid bagi mengurangkan kesakitan pada ulu hati.
Jika keadaan bertambah teruk, berjumpalah dengan doktor.

Bila Masanya Untuk Berjumpa Dengan Doktor?

Berjumpa dengan segera apabila :
Anda berumur >40 tahun dan mempunyai lebih dari satu risiko penyakit jantung.
Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda.
Sakit yang kuat.
Sakit dada apabila melakukan aktiviti.
Sakit yang di iringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam.
Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan.
Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya.
Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit.
Sakit yang berubah sifat.
contoh: sakit yang semakin kerap.

Langkah Pencegahan
Ia bergantung kepada punca kesakitan dan pemeriksaan yang telah dibuat :
Cegah daripada mendapat sakit jantung - amalkan cara hidup sihat; bersenam, tidak merokok, ambil makanan seimbang.
Cegah daripada mendapat sakit ulu hati.
Urus secara baik stress anda.

Bagaimana Sakit Dada Diketahui Sebabnya/didiagnosa?
Apabila anda mendapat sakit dada dan berada di Wad Kecemasan, doktor biasanya dapat mengetahui punca sakit anda tersebut dengan segera dengan melakukan ujian ECG (ujian merekod fungsi jantung secara grafik) dan ujian darah.

Harus diingatkan, hasil ujian ECG yang normal tidak semestinya menunjukkan anda bebas daripada penyakit berkaitan jantung terutamanya apabila anda ada tanda-tanda penyakit jantung yang ketara.

Ahad, 26 Disember 2010

Sakit Abdomen @ Sakit Perut.

Sakit perut atau sakit pada abdomen merupakan perkara biasa.
Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan gejala bagi penyakit lain.
Tanda-tanda yang mungkin dialami adalah seperti pedih ulu hati, perut kembung dan sendawa.


Sebab-sebab

**Sebab-sebab psychogenic
*Sakit yang dialami tetapi tidak disebabkan oleh sebarang penyakit. Ianya timbul mungkin akibat dari tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan. Walaubagaimanapun, proses ini terjadi tidaklah diketahui.


**Sebab-sebab functional
*Sakit ini terjadi disebabkan oleh perubahan fungsi organ akibat tindakbalas badan terhadap persekitaran. Contohnya:
*Penolakan tubuh terhadap laktosa (lactose intolerance)
*Senggugut (dysmenorrhoea)
*Sembelit
*Cirit-birit (diarrhea)


**Sebab-sebab organik
*Sakit yang timbul disebabkan oleh penyakit lain dalam badan. Contohnya :
*Penyakit radangan usus
*Penyakit ulser peptik – 50% adalah disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori
*Gumpalan cacing
*Penyakit keradangan pelvik
*Ovarian cyst (sista ovari / ketulan pada ovari)
*Jangkitan pada saluran kencing


Kecederaan yang di alami pada bahagian abdomen, contohnya kemalangan
Rawatan
*Kebanyakan masalah ini dapat dirawat di rumah.
Jika anda mengalami sakit perut tanpa gejala-gejala lain, cuba :
*Berehat sehingga anda berasa lega
*Minum air yang banyak (minum sedikit-sedikit tetapi kerap adalah lebih baik untuk perut anda)
*Elakkan minuman yang berkarbonat dan mengandungi kafein seperti soda, teh atau kopi
*Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
*Elakkan mengambil makanan yang pedas, buah-buahan yang masam dan alkohol
*Elakkan mengambil makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi
*Elakkan daripada mengambil ubat jenis aspirin dan anti keradangan tanpa steroid


Lain-lain rawatan adalah bergantung kepada penyebab penyakit.

Matlamat rawatan
*Mengurangkan gejala dan kembali ke fungsi asal
*Cuba ubatan untuk mengurangkan sakit, contohnya paracetamol untuk menghilangkan senggugut.


Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor
*Sakit disebabkan oleh kecederaan dan kemalangan
*Sakit yang tidak sembuh dalam tempoh 24 hingga 48 jam
*Sakit yang bertambah teruk dan kerap
*Kesakitan setempat pada bahagian abdomen yang bertambah dari masa ke semasa
*Munculnya gejala-gejala lain seperti cirit-birit, loya, muntah, sukar membuang angin, perubahan pada kencing, demam, sesak nafas, rasa mengantuk atau pitam
*Perut yang membuncit
*Mengandung
*Muntah darah yang berwarna hitam


Pencegahan
Sakit abdomen dapat dicegah melalui
*Amalkan tabiat membuang air besar setiap pagi bagi mengelakkan sembelit.
*Amalkan tabiat makan yang baik dan teratur.
*Elakkan pengambilan makanan berlebihan bagi menjauhkan ketidakselesaan perut.
*Makan dengan perlahan-lahan dan berhenti sekiranya sudah berasa kenyang.
*Elakkan mengunyah gula-gula getah bagi mengurangkan menelan angin.
*Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan setiap kali memandu untuk mengelakkan berlakunya kecederaan pada bahagian abdomen

Sakit Belakang.

**Definisi: Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang tidak dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:
*Otot
*Otot tergeliat
*Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
*Otot letih
*Tulang
*Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
*Pecah tulang belakang
*Tulang yang cacat
*Kanser tulang
*Lain-lain
*Kedudukan badan yang tidak betul
*Penyakit Radang Pelvic (PID)
*Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
*Penyakit batu karang
*Psikologi
*Berkaitan dengan stres


Tanda & Gejala

Bila perlu berjumpa doktor?
*Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
*Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
*Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
*Rasa sakit yang menusuk
*Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.

Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
*Fever (demam)
*Sakit di bahagian perut
*Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
*Sakit kepala
*Berkaitan dengan haid


Komplikasi

Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi :-
*Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
*Kecacatan kekal
*Kanser yang tidak dapat dikesan

Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakitpuan, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain.


Rawatan

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :
*Rehat yang cukup
*Regangan pada bahagian belakang
*Fisioterapi
*Menggunakan ubat sapu
*Ubat anti inflamasi tanpa steroid

Rawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTI


Pencegahan

*Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
*Berehat untuk meregangkan belakang badan
*Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
*Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan Kanser Serviks
*Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).
*Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lain untuk mencegah osteoporosis.
*Kekalkan cara hidup yang sihat


Pemulihan

**Pemulihan melibatkan pengambilan ubat-ubatan seperti NASIDs, Fisioterapi (Pemulihan Anggota) dan Pemulihan Cara Kerja.

Sakit Gigi

Latar belakang

Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau sekeliling gigi. Ia sering menjadi penyebab utama orang ramai ke klinik pergigian terutama bagi mereka yang mengabaikan kebersihan mulut.


Apakah punca gigi sakit?

Sakit gigi biasanya berpunca daripada:
*kerosakan gigi (karies gigi)
*penyakit gusi (penyakit periodontium)
*gigi sensitif
*sakit pada sendi rahang
*sinus tersumbat
*sakit telinga


Apakah yang boleh terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat?

Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:
*gigi mati
*gusi bengkak
*gigi dicabut atau kehilangan gigi
*kesukaran membuka mulut


Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?
Dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
*mengambil ubat penahan sakit
*berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang berada di celah-celah gigi
*kebaskan gusi, contoh dengan menghisap ais


Bagaimanakah untuk mencegah sakit gigi?

Anda boleh mencegah sakit gigi dengan:
*mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik
*berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida
*gunakan flos
*dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
*kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makan utama.

Rabu, 22 Disember 2010

Watak Berdasarkan Hari Lahir

Hari juga dianggap mampu menceritakan watak dan karaktor dari seseorang :

1. Hari Isnin
Royal, suka memberi dengan ikhlas, di waktu yang bersamaan maka mereka tidak boleh menyimpan wang, senang akan kebenaran, mudah tersinggung dan tidak pandai bicara.

2. Hari Selasa
Goyah dan mudah terpengaruh, kamu cenderung sukar mengambil keputusan penting, mudah marah, tidak mengalah dan selalu mahu menang sendiri.

3. Hari Rabu
Pendiam namun kalau sudah bicara tidak terduga, tidak suka mencampuri urusan orang lain, baik hati, suka menolong dan banyak rezeki.

4. Hari Khamis
Pendiriannya tidak tetap, suka dipuji, mudah emosi, mudah terpujuk oleh rayuan halus dan tidak sabar.

5. Hari Jumaat
Disukai banyak orang , kuat mental, suka menolong, suka memberi nasihat yang baik dan suka mempelajari ilmu pengetahuan

6. Hari Sabtu
Giat bekerja dan rajin, sehingga rezeki pun sering datang, ditakuti ramai orang , pandai menempatkan diri dan boleh menyelesaikan apa yang menjadi tanggung jawabnya dengan baik.

7. Hari Minggu
Mudah bergaul, kegemaran semua orang, suka merendahkan diri, pandai berbicara, berjiwa besar dan dapat mengatasi masalah yang dihadapiya dengan baik

Tuah @ Keberuntungan Berdasarkan Tarikh Lahir

Tuah @ Keberuntungan Berdasarkan Tarikh Lahir


Ada beberapa cara untuk mendapatkan tren keberuntungan atau tuah seseorang. Salah satunya adalah melalui identiti yang dimiliki oleh setiap orang, yaitu Tarikh Lahir. Caranya seperti ini.

Misal :
tarikh lahir kamu adalah 19 March 1977
dipecah menjadi : 1 + 9 + 3 + 1977 =1990
1+9+9+0=19
1+9=10
1+0=1
Jika hasil yang dicapai sudah mencapai 1 digit, kamu tinggal lihat daftar dibawah ini untuk mendapatkan analisa tuah yang kamu bawa dari lahir :

1. Keberuntungan selalu menyertai kamu, meskipun kamu tidak pernah terlalu tergantung kepadanya. Biasanya disaat kamu sedang benar-benar memerlukannya, keberuntungan itu dengan sendiri menyinari kamu. Namun, pendirian kamu itulah yang sebenarnya yang menyebabkan mengapa kamu selalu beruntung dan tuah…..

2. Kamu cenderung berpikir semua orang lebih beruntung dibanding kamu, tapi….jika kamu mendapat restu dan sokongan dari orang lain, boleh dikata hampir tak ada yg tidak boleh kamu lakukan

3. Apapun bidang kehidupan kamu, kelihatannya kamu akan selalu berhasil dan sukses, asalkan kamu tekun dan konsisten juga mahu bertahan cukup lama pada salah satu bidang dan mencoba menyelesaikannya. Satu resepi untuk mengoptimakan keberuntungan kamu : Tetaplah Konsisten dan Berani.

4. Kamu setuju bahawa setiap orang memiliki tuahnya masing-masing, tapi kamu adalah orang yg pertama yang selalu mengenali datangnya tuah. Terutama jika bicara mengenai hubungan cinta.

5. Kamu merasa perlu menyenangkan semua orang yang ada di sekitar kamu. Tentunya ini akan kurang baik kerana boleh menutup pintu tuah kamu. Pintu tuah menuju cinta sejati dan kerjaya yang baik baru akan terbuka untuk kamu jika kamu mencuba mengurangkan dan berhenti berusaha terlalu keras untuk menyenangkan semua orang disekitar kamu.

6. Kamu sangat beruntung dikelilingi oleh mereka yang peduli dan menyayangi kamu, namun tetap saja kamu merasa tidak merasa beruntung dalam hubungan cinta.

7. Kamu pasti sering mengalami keajaiban kecil, disadari atau tidak. Terutama dalam hal cinta dan kewangan. Kamu akan sering menemukan keduanya saat bertindak lanjutan sebuah pertemuan yang tak terduga.

8. Tuah akan mendatangi kamu dalam bentuk peluang, dan itu hanya terjadi jika kamu mengambil keputusan dengan hati dan fikiran.

9. Kamu memiliki kekuatan untuk menarik hampir semua orang yang kamu inginkan dalam hidup ini. Hal ini disebabkan kerana dewi fortuna selalu menyertai kamu, bukan itu saja untuk orang-orang yang dekat dengan kamu pun akan terikut keberuntungan yang kamu pancarkan.

Watak & Karaktor Berdasarkan Warna

Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna yang kita kenal dalam dimensi kita. Banyak yang kurang menyadari, sebenarnya dari Warna Kegemaran kita dapat melihat watak seseorang.

Warna Biru
Warna kesukaan kamu Biru, biasanya termasuk type pemurung, selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Selalu mengharapkan kedamaian dan ketenangan. Kamu memiliki kesukaran dalam pergaulan. Demikian pula dalam bercinta kerana kamu sering sekali menyembunyikan perasaan.

Warna Hitam
Kamu termasuk type orang yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik, rapi, cukup banyak lawan jenis berusaha mengejar dan merebut cinta kamu.

Warna Merah
Kamu sangat berwibawa dan juga senang melindungi orang yang lemah. Walau sering kali bergaul dan bergurau tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang mengatakan cinta, tapi kamu selalu berpikir dan berpikir lagi. Kamu termasuk type yang sukar jatuh cinta.

Warna Hijau
Jika warna kegemaran kamu hijau, maka kamu adalah type yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang segar. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis. Kamu type periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang poyo. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu, kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun juga, walaupun seseorang itu dungu atau lembap.

Warna Putih
Kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, jika menyukai warna putih, banyak orang mengagumi kamu karena sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlikankan bantuan kamu.

Warna Ungu
Warna Ungu adalah peribadi dengan type yang benar-benar luar biasa. Selalu optimis, dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu sangat pandai dalam mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya mereka yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu

ZODIAK CINA

ZODIAK CINA

Rat - TIKUS
Kamu berimaginasi, menyenangkan dan benar benar murah hati terhadap orang yang kamu cintai. Namun, kamu cenderung mudah marah dan terlalu kritis. Kamu juga dikenal sebagai orang yang opportunis. Lahir dalam tahun ini, kamu akan senang bekerja dalam sales atau penulis, kritikus atau penerbit.

Born in 1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008.


Buffalo - KERBAU
Dilahirkan sebagai pemimpin, kamu menjadi inspirasi untuk orang di sekitar kamu. Kamu memilih metode konservatif dan berbakat menggunakan tangan kamu. Sangat mengharapkan segala sesuatu berjalan sesuai dengan pilihan kamu. Tahun kerbau akan sangat berhasil sebagai doktor, jeneral atau penata rambut.

Born in 1925, 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009.


Tiger - HARIMAU
Kamu sensitif, emosional dan mampu menciptakan cinta yang luar biasa. Namun, kamu memiliki kecenderungan mengambil semua dan menjadi keras kepala dengan apa yang kamu anggap benar; lebih dikenal dengan istilah pemberontak. Tahun harimau ini sangat sesuai sebagai boss, penjelajah, pembalap atau matador.

Born in 1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010.


Rabbit - ARNAB
Kamu adalah orang yang baik, sangat patuh dan menyenangkan. Kamu memiliki kecenderungan menjadi sentimental. Menjadi hati-hati dan konservatif, kamu sangat berhasil dalam bisnes dan juga menjadi pengacara, diplomat atau aktor yang baik

Born in 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011.


Dragon - NAGA
Penuh fitalitas dan antusias, Naga adalah individu yang popular meskipun dengan reputasi yang buruk dan 'mulut besar'. Kamu sangat pandai, berbakat dan perfeksionis namun kualiti ini menjadikan kamu kompeten di lingkungan kamu. Kamu akan sangat sesuai sebagai artis, pendeta atau politikus.

Born in 1916, 1928, 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000.


Snake - ULAR
Kaya di dalam kebijakan dan ramah, kamu sangat romantis dan berpikir dalam dan intuisi kamu memandu dengan kuat. Hindari sikap rakus terhadap wang. Jaga selera humor mengenai hidup kamu. Tahun ular biasanya sesuai sebagai guru, filosofi, penulis, psikik dan peramal.

Born in 1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001.


Horse - KUDA
Kapasiti kamu dalam bekerja keras sangat mengagumkan. Kamu adalah orang yang mandiri. Selain pandai dan ramah, kamu cenderung menjadi egois dan tajam dan harus menjaga diri agar tidak terlalu mementingkan diri sendiri. Tahun kamu menandakan sukses sebagai petualang, peneliti, puitis atau politikus.

Born in 1918, 1930, 1942, 1954,1966, 1978, 1990, 2002, 2014.


Goat - KAMBING
Selain sering merasa salah tingkah dihadapan orang lain, Tahun Kambing dapat menjadi teman yang menyenangkan. Kamu sangat elegan dan artistik namun menjadi yang pertama dalam memberikan komplain apapun. Singkirkan rasa pesimisme dan kekhawatiran dan cuba untuk menjadi tidak tergantung terhadap orang lain. Kamu akan sesuai sebagai aktor, pengebun atau penata rias.

Born in 1919, 1931, 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015...


Monkey - MONYET
Kamu sangat pintar, karena sifat alami kamu yang luar biasa dan personalitas yang menarik, kamu sangat disukai. Monyet, bagaimanapun juga, harus menjaga agar tidak menjadi orang yang oportunis dan tidak dipercayai oleh orang lain. tahun kamu menjanjikan kesuksesan disegala bidang yang kamu cuba.

Born in 1920, 1932, 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016...


Rooster - AYAM
Ayam adalah pekerja keras; tegas dalam mengambil keputusan juga jarang mengutarakan pemikiranya. Oleh kerana ini, kamu cenderung menjadi ekslusif terhadap orang lain. Kamu adalah pemimpi, pemilih busana yang baik dan ekstravaganza. Lahir dalam tahun ini kamu dapat bahagia menjadi pemilik restoran, penerbit, tentera.

Born in 1921, 1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017...


Dog - ANJING
Anjing tidak pernah mengecewakan kamu. Lahir dalam tahun ini kamu sangat jujur, dan setia orang yang kamu cintai. Kamu selalu merasa khuwatir, perkataan yang tajam dan cenderung mencari kesalahan. Namun kamu akan menjadi businessman, aktivis, guru atau polis yang baik.

Born in 1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006, 2018...


Pig - BABI
Kamu adalah teman yang baik, orang yang pintar dengan kebolehan yang kuat untuk mencapai tujuan apapun. Kamu sangat baik, toleran dan jujur namun juga mengharapkan hal yang sama dari orang lain, tentunya hal ini sangat naif. Pencarian kamu terhadap material dapat menjadi kegagalan. Babi akan sangat berhasil dalam bidang seni seperti penghibur atau juga pengacara.

Born in 1923, 1935, 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019..

Takwim Hijrah

Nama bulan Islam

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim bunga.

Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini