Penyakit jiwa dorong umat Islam buat maksiat, serlah sifat tercela dalam diri
PERASAAN
hasad dengki boleh menyerang sesiapa saja dan penyakit jiwa itu sangat
bahaya kerana bukan saja boleh merosakkan keperibadian diri, menyebabkan
permusuhan dan boleh mengancam ketenteraman masyarakat.
Dengki
mendorong seseorang melakukan kemaksiatan seperti mengumpat, menghasut,
memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain. Benarlah ungkapan Imam
Ghazali, bahawa hasad dengki akan melahirkan sifat tercela yang lain
sehingga sukar diperinci satu persatu. Apabila perasaan dengki menguasai
diri, hati tidak reda menerima qada dan qadar Allah menyebabkan timbul
perasaan benci melulu terhadap orang lain. Kesempurnaan iman memerlukan
seseorang menyayangi saudaranya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
�Tidak beriman salah seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya
apa yang ia cinta untuk dirinya.� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Penyakit
hasad dengki sukar untuk dijauhi selagi mana ada terdetik perasaan
tidak puas hati terhadap orang lain. Penyakit itu sebenarnya memberi
kesan besar kepada mereka yang dikuasai perasaan dengki, bukan orang
yang menjadi mangsa dengki.
Bahaya jika dijangkiti rasa dengki
ialah perasaan hasil hasutan syaitan itu boleh menghancurkan segala
kebaikan yang dilakukan selama ini seperti dijelaskan sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud: �Hindarilah dengki kerana dengki itu menghancurkan
kebaikan seperti mana api memakan kayu bakar.� (Hadis riwayat Abu Daud)
Sebabnya
ialah perasaan dengki membawa si pendengki melakukan perkara jahat
seperti memfitnah, menghasut dan memutuskan hubungan orang lain dengan
pihak yang di dengki itu. Perbuatan itu hakikatnya hanya merugikan si
pendengki.
Dengki adalah beban yang berat kerana hati sentiasa
dipukul kegelisahan setiap kali melihat orang lain berjaya atau bahagia.
Lidah akan menuturkan kata-kata berupa fitnah, cacian dan memperlekeh.
Bukan
itu saja, jiwa menyala perasaan marah, benci, curiga, kecewa dan kesal.
Jiwa semakin terseksa sepanjang masa dan tidak pernah tenang. Inilah
hasil daripada penyakit dengki yang membarah dalam hati.
Allah
berfirman yang bermaksud: �Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah
Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih.� (Surah
Al-Baqarah, ayat 10)
Sesungguhnya si pendengki tidak pernah mahu
merasai apalagi meraikan kebahagiaan atau kejayaan dikecapi orang lain,
tidak ingin memberi senyuman apalagi menghulurkan ucapan tahniah.
Jauh
sekali untuk mengeluarkan tenaga membantu atau mendorong saudara lain
supaya terus memperoleh kejayaan dalam hidup. Dengan itu, tergambar pada
dirinya sedikit demi sedikit menyeleweng daripada watak keislaman
seperti melenyapkan nilai agama yang suci pada dirinya.
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: �Menjalar kepada kalian penyakit umat
(terdahulu), kedengkian dan kebencian. Itulah penyakit yang akan
mencukur gondol. Aku tidak mengatakan bahawa penyakit itu mencukur
rambut melainkan mencukur agama.� (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Dengki
adalah ciri orang munafik dan digambarkan mereka ini dalam al-Quran
kerana sikap suka memperkecilkan niat pihak yang ingin membuat kebaikan.
Ketika umat Islam ingin memberi infak dalam jumlah besar, dikatakan
mereka riak dan apabila jumlah infak itu kecil, dikatakan Allah tidak
memerlukan sumbangan yang kecil.
Maka, turunlah firman Allah yang
bermaksud: �(Orang munafik itu) iaitu orang yang mencela orang mukmin
yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang yang tidak
memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekadar kesanggupannya. Maka
orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka
itu dan untuk mereka azab yang pedih.� (Surah At-Taubah, ayat 79)
Oleh
itu, umat Islam yang ingin maju dan mendapat keredaan-Nya, haruslah
berusaha bersungguh-sungguh menghindari sifat dengki serta menghayati
ajaran Islam dengan penuh keimanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan