Jumaat, 31 Disember 2010

Ganja..... Dan..... Kesannya.....

Pengenalan
Kanabis atau Ganja adalah sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan. Ia biasa disalahgunakan untuk tujuan relaksasi, dan memberi si pengguna perasaan seronok. Ia juga digunakan untuk aspek perubatan, contohnya bagi mengurangkan sakit dan perawatan paliatif bagi mereka yang mengalami penyakit kanser di peringkat akhir hayat (terminal).


Ganja diperolehi dari sejenis pohon yang bernama 'cannabis sativa' atau hemp. Pohon kanabis mengeluarkan sejenis damar, yang meliputi bahagian pohon yang berbunga dan dedaun di sebelah atas.. Damar ini mengandungi satu sebatian psikoaktif yang dipanggil THC (tetrahydrocannabinoid). Kepekatan THC berbeza mengikut bahagian pohon tersebut. Kesemua bahagian pohon boleh digunakan. Nama panggilan yang lazim digunakan penagih juga berbeza mengikut bahagian mana yang di guna. Nama biasa yang digunakan adalah marijuana, pot, weed, dope, hashish atau hash. Ia biasanya dihisap atau disedut. Ia boleh digulung seperti tembakau atau disedut melalui shisha (water pipe).


Tanda-tanda dan gejala
Apakah tanda-tanda dan gejala penyalahgunaannya?
Pada peringkat awal, penggunaan ganja boleh mendatangkan perasaan tenang dan relaks, peningkatan perasaan waspada, penambahan selera makan dan mata menjadi merah. Bila digunakan berpanjangan ia boleh menyebabkan hilang keseimbangan, lembap dalam berfikir, lambat masa bertindakbalas, gangguan daya ingatan, kesukaran bernafas, kadar denyutan jantung meningkat, kebimbangan, perasaan curiga dan sangsi.


Komplikasi
Ganja juga boleh menyebabkan tanda-tanda gian jika digunakan pada dos yang tinggi. Gejala-gejala itu termasuk:
*Kebimbangan
*Lekas marah
*Berpeluh
*Hilang selera makan
*Kemuraman
*Gangguan tidur


Ganja juga telah dikenalpasti boleh mengurangkan bilangan sperma dan boleh menyebabkan kemandulan.
Ia boleh membuat si pengguna beralih kepada heroin dan menyebabkan ketagihan dan pergantungan. Ia boleh menghasilkan penyakit mental yang serius, seperti penyakit kemurungan dan penyakit paranoid.


Kumpulan Sokongan
**Addiction Centre
**Agensi Anti Dadah Kebangsaan
**PEMADAM
**PENGASIH
**Guru

Psychiatrists
**Specialist Counsellors in Addiction Issues
**Clinical Psychologists
**Ibu bapa
**Guru sekolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan