Sakit perut atau sakit pada abdomen merupakan perkara biasa.
Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan gejala bagi penyakit lain.
Tanda-tanda yang mungkin dialami adalah seperti pedih ulu hati, perut kembung dan sendawa.
Sebab-sebab
**Sebab-sebab psychogenic
*Sakit yang dialami tetapi tidak disebabkan oleh sebarang penyakit. Ianya timbul mungkin akibat dari tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan. Walaubagaimanapun, proses ini terjadi tidaklah diketahui.
**Sebab-sebab functional
*Sakit ini terjadi disebabkan oleh perubahan fungsi organ akibat tindakbalas badan terhadap persekitaran. Contohnya:
*Penolakan tubuh terhadap laktosa (lactose intolerance)
*Senggugut (dysmenorrhoea)
*Sembelit
*Cirit-birit (diarrhea)
**Sebab-sebab organik
*Sakit yang timbul disebabkan oleh penyakit lain dalam badan. Contohnya :
*Penyakit radangan usus
*Penyakit ulser peptik – 50% adalah disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori
*Gumpalan cacing
*Penyakit keradangan pelvik
*Ovarian cyst (sista ovari / ketulan pada ovari)
*Jangkitan pada saluran kencing
Kecederaan yang di alami pada bahagian abdomen, contohnya kemalangan
Rawatan
*Kebanyakan masalah ini dapat dirawat di rumah.
Jika anda mengalami sakit perut tanpa gejala-gejala lain, cuba :
*Berehat sehingga anda berasa lega
*Minum air yang banyak (minum sedikit-sedikit tetapi kerap adalah lebih baik untuk perut anda)
*Elakkan minuman yang berkarbonat dan mengandungi kafein seperti soda, teh atau kopi
*Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
*Elakkan mengambil makanan yang pedas, buah-buahan yang masam dan alkohol
*Elakkan mengambil makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi
*Elakkan daripada mengambil ubat jenis aspirin dan anti keradangan tanpa steroid
Lain-lain rawatan adalah bergantung kepada penyebab penyakit.
Matlamat rawatan
*Mengurangkan gejala dan kembali ke fungsi asal
*Cuba ubatan untuk mengurangkan sakit, contohnya paracetamol untuk menghilangkan senggugut.
Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor
*Sakit disebabkan oleh kecederaan dan kemalangan
*Sakit yang tidak sembuh dalam tempoh 24 hingga 48 jam
*Sakit yang bertambah teruk dan kerap
*Kesakitan setempat pada bahagian abdomen yang bertambah dari masa ke semasa
*Munculnya gejala-gejala lain seperti cirit-birit, loya, muntah, sukar membuang angin, perubahan pada kencing, demam, sesak nafas, rasa mengantuk atau pitam
*Perut yang membuncit
*Mengandung
*Muntah darah yang berwarna hitam
Pencegahan
Sakit abdomen dapat dicegah melalui
*Amalkan tabiat membuang air besar setiap pagi bagi mengelakkan sembelit.
*Amalkan tabiat makan yang baik dan teratur.
*Elakkan pengambilan makanan berlebihan bagi menjauhkan ketidakselesaan perut.
*Makan dengan perlahan-lahan dan berhenti sekiranya sudah berasa kenyang.
*Elakkan mengunyah gula-gula getah bagi mengurangkan menelan angin.
*Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan setiap kali memandu untuk mengelakkan berlakunya kecederaan pada bahagian abdomen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan