Isnin, 25 April 2011

Gambar - Gambar Saloma...




















Biduanita Saloma...



Nama : Salmah binti Ismail
Lahir : Pasir Panjang, Singapura
Nama lain : Saloma


Salmah Binti Ismail (22 Januari 1935 - 25 April 1983) atau lebih dikenali sebagai Saloma merupakan salah seorang penyanyi dan bintang filem yang terkenal 1950-an dan 1960-an. Salmah dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura. Beliau juga merupakan adinda kepada seniwati Mariani.Isi kandungan [sorokkan]


Penglibatan kariernya
Beliau mula menyanyi pada usia tujuh tahun dan menjadi penyanyi profesional pada usia belasan tahun. Pada awalnya, beliau mengasah bakat bersama Orkes Fajar Murni pimpinan Yusof Osman. Lagu Pandang Kasih ciptaan Rahmat Ali membawa tuah kejayaan awalnya sebagai penyanyi. Beliau pernah menyertai Panca Sitara pada 1960-an.


Perkahwinan
Beliau pernah berkahwin dengan Allahyarham A. R. Tompel, Kaswan Yusak, dan P. Ramlee.


Lagu-lagunya
Lagu-lagu yang didendangkan olehnya yang menjadi popular seperti:
Mengapa Di Rindu
Kain Songket
Bunga Tanjung
Gelora
Hilang Terang Timbul Gelap
Perwira
Tiru Macam Saya
Inang Baru
Bila Larut Malam
Joget Malaysia
Lagu Anak Rantau
Bila Hati Telah Retak
Tari Silat Melayu
Bossanova
Selamat Hari Raya


Filem lakonannya
Beliau juga berbakat dalam bidang lakonan. Filem yang dibintanginya iaitu:
Azimat (1958)
Ahmad Albab
Seniman Bujang Lapok (1961)
Ragam P Ramlee
Bila Hati Telah Retak (bintang undangan).
Kaki Kuda (1958)


Kematian
Saloma telah mengakhiri penglibatan di dalam kariernya apabila menghembuskan nafas terakhir pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya ketika berusia 48 tahun kerana menghidap penyakit demam kuning.


Keistimewaan yang tersendiri
Beliau mempunyai kehebatan yang unik dan tersendiri kerana suaranya yang merdu dan tidak mampu dimiliki oleh orang lain.