Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh
mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak
pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk
menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang
doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim
haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari
seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah
lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke
tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5
liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta
liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya
jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter
sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan
kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk
diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah
garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan
penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa
bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian
memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki
masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke
Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.
untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di
Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas
menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran
bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu
banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila
melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja
(Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh
mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini
berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim
AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh
mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan
demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang
mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta
pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya
mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5
kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah
mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah
memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak
menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari
luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya
maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara
tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air
yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh
mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam
telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil
mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi
walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat,
pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di
bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga
ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat
pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari
dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di
semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak
ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi
menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada
daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga
lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium
dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak
pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat
menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya
sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini.
Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah
yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi
saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat
diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa
saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan
maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya.
Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah
mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa
hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air
tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam
sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke
Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk
memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium
Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain.
Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar
Makah.
Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa
air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh
jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun
negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan