- Berapa meluaskah kejadian meroyan atau kemurungan posnatum?
- Bagaimana nak tahu yang saya menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum?
- Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?
- Bagaimanakah meroyan atau kemurungan posnatum dirawat?
- Bagaimana saya boleh membantu diri sendiri?
- Bagaimanakah suami, rakan-rakan dan keluarga boleh membantu?
- Bolehkah saya mengelakkan daripada meroyan atau kemurungan posnatum?
Berapa meluaskah kejadian meroyan atau kemurungan posnatum?
Meroyan atau kemurungan posnatum ialah
satu masalah yang biasa. Dahulu, pendapat umum ialah bahawa satu dalam
10 orang ibu menghidapnya. Pendapat sekarang ialah seorang dalam empat
ibu menghidap penyakit ini.
Meroyan kadangkala disalah tanggap sebagai murung bayi. Jika anda menghidapi murung bayi, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Dengan bantuan yang sesuai, anda akan merasa lebih sihat dalam beberapa hari. Walau bagaimanapun, meroyan tidak seperti murung bayi, adalah satu penyakit. Ia tidak akan sembuh tanpa rawatan.

Bagaimana nak tahu yang saya menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum?
Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:
Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Jika anda mengalami kemurungan semasa kehamilan, ketibaan bayi anda mungkin tidak dapat membantu meringankan beban anda.
- perasaan putus asa;
- bersalah;
- amat letih;
- muram;
- sering menangis;
- sunyi;
- gelisah;
- terperangkap.
Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Jika anda mengalami kemurungan semasa kehamilan, ketibaan bayi anda mungkin tidak dapat membantu meringankan beban anda.
Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?
Kami kurang mengetahui kenapa setengah
wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Ia mungkin disebabkan kimia
otak atau reaksi anda kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku
dalam badan anda. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh
terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih
sukar untuk diatasi, seperti:
• Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
• Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
• Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.
• Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
• Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
• Mendapati sukar untuk menyusu badan.
• Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.
Anda boleh mendapat maklumat lanjut dalam artikel kami tentang penyebab-penyebab meroyan atau kemurungan posnatum.

Bagaimanakah meroyan atau kemurungan posnatum dirawat?
Yang penting untuk diingati tentang
meroyan atau kemurungan posnatum ialah dengan bantuan yang sesuai, anda
akan pulih. Ia boleh dirawat dengan:
Terapi berbual
Berbincang dengan suami atau seorang rakan mungkin membantu, tetapi kadangkala mungkin sukar bagi mereka memahami apa yang dilalui oleh anda. Doktor andalah orang utama yang boleh membantu.
Doktor anda boleh merujukkan anda kepada satu kumpulan sokongan, kaunselor atau ahli psikoterapi. Dia juga mungkin boleh mengaturkan terapi perlakuan kognitif (TPK). TPK boleh mengajar anda tentang strategi-strategi harian bagi mengatasi meroyan atau kemurungan. Jika meroyan atau kemurungan posnatum anda itu jenis yang teruk, anda mungkin dirujukkan kepada ahli psikologi atau psikiatri.
Antidepresi
Antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak anda. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah. Antara lima hingga tujuh wanita dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati bahawa simptom meroyan atau kemurungan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan. Pada mula-mulanya pil-pil pertama itu tidak menunjukkan sebarang perbezaan, tetapi selepas 10 hari hingga dua minggu, anda akan merasa lebih sembuh.
Antidepresi yang paling biasa dipreskripsikan untuk meroyan atau kemurungan posnatum ialah:
Ia kadangkala memasuki susu ibu, walaupun jumlahnya amat sedikit.
Paroxetine dan sertraline lebih kerap digunakan daripada fluoxetine untuk ibu yang menyusu badan. Bagi ubat-ubat ini, lebih sedikit yang masuk ke dalam susu ibu. Jika bayi anda kelihatan meragam atau mengantuk selepas anda mengambil antidepresi, beritahulah doktor anda.
Ramai ibu yang mengambil antidepresi juga menyusu badan sebab ianya menambahkan keyakinan diri mereka dan memperkuatkan ikatan dengan bayi mereka. Perasaan rapat dengan bayi anda akan membantu anda mengatasi meroyan atau kemurungan posnatum.
Jika anda bercadang untuk mengambil antidepresi, bercakaplah dengan doktor anda untuk memahami dengan jelas risiko-risiko yang ada dan manfaat yang boleh diperolehi. Anda kemudian boleh membuat keputusan yang berasaskan maklumat tentang apakah pilihan yang paling selamat bagi anda dan bayi anda. Beritahu doktor anda jika anda mengalami sebarang kesan sampingan disebabkan antidepresi dan ikutilah nasihatnya sebelum anda berhenti mengambilnya.

- fluoxetine (Prozac);
- sertraline (Lustral);
- paroxetine (Seroxat);

Bagaimana saya boleh membantu diri sendiri?
Cuba dapatkan banyak rehat
Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah. Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan, rebahkan badan dan relaks. Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur. Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja.
Makan makanan yang sihat dan seimbang
Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.
Buat senaman ringan
Walaupun ianya satu perkara yang anda paling tak suka, senaman akan membantu anda merasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi anda sudah membantu. Anda mungkin telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa anda hamil. Anda boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini.
Bergaul dengan ibu-ibu lain
Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum anda akan merasakan betul-betul terasing. Bacalah tip-tip ibu-ibu dan bapa-bapa kami tentang cara-cara untuk berjumpa ibu-ibu baru lain.
Bersikap baiklah terhadap diri sendiri
Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Tangguhkan keputusan-keputusan besar. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.

Bagaimanakah suami, rakan-rakan dan keluarga boleh membantu?
Kadangkala adalah sukar bagi mereka yang
paling rapat dengan anda untuk memahami betapa teruknya penderitaan
anda. Namun begitu, mereka memainkan bahagian yang besar dalam memberi
sokongan kepada anda. Beritahu mereka apa yang anda sedang alami.
Berikan mereka informasi yang ada pada anda tentang meroyan atau
kemurungan posnatum. Ini akan menolong mereka membantu anda.
Suami anda pun mungkin mengalami kemurungan, jadi, memahami bagaimana dia boleh membantu anda akan membantu dia memulihkan diri juga.
Jangan segan untuk meminta bantuan daripada orang-orang yang menyayangi anda.
Sokongan praktikal, seperti membantu membuat kerja rumah, sudah boleh menolong mengurangkan depresi anda. Menolong menjaga bayi anda untuk satu jam pun, supaya anda boleh bersama-sama suami, akan membantu menyegarkan anda. Anda boleh meminta orang-orang tersayang membaca artikel kami tentang bagaimana menolong seorang yang menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum.

Bolehkah saya mengelakkan daripada meroyan atau kemurungan posnatum?
Jawapan pendeknya, kami tak tahu. Setengah doktor berpendapat bahawa jika anda mendapatkan suntikan hormon progesteron secara teratur selepas melahirkan, risiko meroyan atau kemurungan posnatum akan berkurangan. Bukti untuk ini tidaklah kuat, tetapi anda mungkin mahu mencubanya jika anda mempunyai sejarah kemurungan atau meroyan. Minta informasi lanjut daripada doktor anda.Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil dan cuba kurangkan stres anda dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan yang diperolehi semasa hamil, lebih kuat dan konfiden anda akan rasakan apabila sudah mendapat bayi anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan