Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di
India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh
berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.
Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas
Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah
mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor
pakar terkenal di India.
Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar
Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu
propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai
sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India.
Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.
Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di
satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan
usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.
Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini
bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi
Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota
organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilangan penglihatan mereka
atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.
Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali
tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka
terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka,
kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari
tuhan-tuhan mereka itu .
Menurut klaim/wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang
tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan
khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia
mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak
lelakinya itu.
Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid
Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka
telah melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.
Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi
pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari
Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat
besar dosanya.
Wallahu’alam….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan