Siapakah orang yang
sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s |
|
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil |
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. |
|
Siapakah orang yang kaya? Orang yang
kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini. |
|
Siapakah orang yang miskin? Orang yang
miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta. |
|
Siapakah orang yang rugi? Orang yang
rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk
melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... |
|
Siapakah orang yang paling cantik? Orang
yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. |
|
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang
paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang
mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana
mata memandang. |
|
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang
sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... |
|
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.. |
|
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg
kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia
tidak menyampaikan pula pada org lain. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan