Sabtu, 26 November 2011

Sakit Tulang Belakang...

Telah menjadi suatu kebiasaan bagi kita ,meminta anak-anak agar dapat berjalan dan memijak diatas belakang dalam keadaan kita tidur meniarap. Kaedah ini akhirnya menjadi satu method pengubatan yang berkembang di dunia yang dikenali sebagai pengubatan kiropraktik. Di sudut maknanya kiropraktik ialah pengubatan menggunakan tangan kosong dengan melakukan beberapa teknik manipulasi pada bahagian tulang belakang. Selari dengan perkembangan method ini ,ada satu lagi kaedah yang hampir sama tetapi lebih meluas dari manipulasi tulang belakang iaitu “shiatsu”.

Namun bagitu PTB yang kita kemukakan ini merupakan method pengubatan Melayu (JAWI) yang banyak digunakan oleh perawat-perawat terutama para bidan kampong. Tujuan awal kaedah ini ialah untuk memberikan urutan selepas bersalin kerana wanita yang bersalinlah yang banyak menghadapi masalah tulang belakang.

Di sudut yang lain,PTB perubatan Jawi juga menggunakan besi panas yang saya kira lebih efektif daripada penggunaan tangan kosong “ kiropraktik” dan “shiatsu”. Besi panas yang dimaksudkan bukanlah “al kay” seperti yang dilarang dalam hadis tetapi kaedah bertungku yang betul. Berat tungku juga diambil kira pada mengikut berat badan pesakit. Selain daripada itu bagi kes tertentu pijakan dengan kaki juga dilakukan.

Tulang belakang terdiri daripada ruas Cervical (7), ruas Thoracic (12), ruas Lumbar (5),ruas Sacrum , ruas Coccyx (tulang ekor)



2. Punca sakit tulang belakang.

1.Ibu hamil

·Posisi tulang belakang dalam keadaan tidak normal kerana mengimbangi berat kandungan.

·Semakin lama kandungan menjadi semakin berat

·Dibetulkan selepas melahirkan anak.

2.Cara menyambut anak ketika kelahiran.

·Dislokasi tulang cervical

·Penglihatan menjadi rabun sejak kecil

·Pendengaran juga menjadi kurang peka.

·Setengahnya melibatkan bahagian otak yang mengakibatkan masalah kecerdasan akal.



3.Kecederaan/kesakitan sebelah kaki

·Berjalan dalam keadaan berat sebelah juga memberikan kesan pada tulang belakang.



4.Duduk yang lama terutama diatas kenderaan

·Berlaku ketegangan ligamen yang menarik ruas tulang belakang.



5.Duduk atau tidur dalam posisi yang tidak betul

·Tulang bergerak dari kedudukan normalnya.



6.Kasut yang kurang kualiti

·Hentakan tulang belakang tidak dapat diserap pada kaki.

7. Kecederaan sewaktu mengangkat barang yang berat

·Berlaku perubahan lokasi tulang dan baisanya berbunyi agak kuat.



8.Tilam yang tidak berkualiti

·Tulang belakang mengikut bentuk kelenturan tilam yang tidak selesa .



9.Lumpuh

·Sebahagian tubuh menjadi lemah mengakibatkan keadaan menjadi semakin teruk.



10.Kecederaan sewaktu bersukan.

·Boleh berlaku perubahan kedudukan tulang akibat gerakan yang kuat.



11.Jatuh ketika kecil (baru berjalan)

·Kesan jatuh masa kecil akan mula dirasai kemudiannya.



12.Bantal tidur yang terlalu tinggi.

·Bantal tidak boleh terlalu tinggi ataupun terlalu rendah.



13.Obesiti

·Berat badanyang berlebihan menyebabkan tidak bermasalah.



14.Kemalangan

·Akibat dari kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.



15.Kurang air dalam badan.

·Kekurangan air menyebabkan tulang sentiasa kering dan kehausan tulang boleh berlaku.

Sakit belakang

Bukan semua sakit belakang berasal dari tulang belakang kerana kemungkinan juga berlakunya jangkitan dibuah pinggang atau daripada masalah kawasan peranakan(wanita). Banyak juga disebabkan kekurangan air dalam badan atau kerana terlalu banyak meminum teh,kopi atau herba diuretic.

Selain daripada dislokasi tulang terdapat beberapa factor lain yang perlu diambil kira seperti :-

1.Patah

2.Tulang haus

3.Tulang kering

4.Bentuk tulang.

Terdapat bentuk tulang dalam keadaan tertentu seperti

a.Lordosis dan kifosis(bongkok)

b.Skoliosis.(tulang bentuk s)



Pemahaman ilmu PTB

Tulang belakang yang terdiri dari ruas-ruas yang berpisah juga merupakansatu jaringan saraf yang mengunjur dari kepala sampai ke ruas akhir tulang(lihat gambar rajah). Jaringan saraf ini mempunyai kaitan dengan semua organ sehingga dikatakan tulang belakang merupakan pusat kesihatan seluruh tubuh. Tulang juga sama seperti otot apabila ia digunakan ia menjadi semakin kuat dan penyempurnaan tulang belakang berlaku pada usia 20 – 30 tahun. Tulangterdiri daripada Kalogen(protein) dan mineral.

Keperluan kalsium untuk kekuatan tulang sebenarnya ialah 1000mg sehari. Namun bagitu calcium tidak berfungsi tanpavitamin D. Menunggang kuda dan berenang merupakan dua bentuk riadhah yang membentuk tulang menjadi kuat disamping aktiviti berjalan kaki (laju )selama 20 minit sehari.

Pemeriksaan Tulang belakang

Membuat pemeriksaan kesihatan tulang belakang boleh dilakukan tidak lebih dari 2 minit jika kita mempunyai kemahiran. Selain dari mendapat petunjukan daripada jawapan pesakit,beberapa organ zahir dapat dilihat secara jelas.



1.Jari tangan.

-Bengkok terutama jari kelingking

-Tidak sama bengkok antara kedua belah tangan.

-Rasa kebas di hujung-hujung jari.

2.Kepala

-Sakit kepala

-Stress yang berpanjangan

-Tekanan jiwa.

3.Pinggang

-Sakit dan menjalar sampai ke dua belah kaki.

4.Jantung

-Laju.

Demikianlah tanda-tanda yang boleh difahami akibat dari masalah tulang belakang.walahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan