Sabtu, 26 November 2011

Sakit Belakang...

Pengenalan
Definisi: Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang
badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang tidak
dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:
• Otot
o Otot tergeliat
o Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
o Otot letih
• Tulang
o Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
o Pecah tulang belakang
o Tulang yang cacat
o Kanse tulang
• Lain-lain
o Kedudukan badan yang tidak betul
o Penyakit Radang Pelvic (PID)
o Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
o Penyakit batu karang
o Psikologi
􀂃 Berkaitan dengan stres

Tanda & Gejala
Bila perlu berjumpa doktor?
• Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
• Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
• Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
• Rasa sakit yang menusuk
• Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.
• Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
o Fever (demam)
o Sakit di bahagian perut
o Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
o Sakit kepala
o Berkaitan dengan haid

Komplikasi
Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh
menyebabkan komplikasi :-
• Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
• Kecacatan kekal
• Kanser yang tidak dapat dikesan
Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ
dalaman yang berkaitan sakitpuan, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan
dan komplikasi lain.

Rawatan
Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :
o Rehat yang cukup
o Regangan pada bahagian belakang
o Fisioterapi
o Menggunakan ubat sapu
o Ubat anti inflamasi tanpa steroid
Rawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTI
Pencegahan
• Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat
berat
• Berehat untuk meregangkan belakang badan
• Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
• Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan
Kanser Serviks
• Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).
• Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lain
untuk mencegah osteoporosis.
• Kekalkan cara hidup yang sihat

Pemulihan
Pemulihan melibatkan pengambilan ubat-ubatan seperti NASIDs, Fisioterapi (Pemulihan
Anggota) dan Pemulihan Cara Kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan