Ahad, 2 Januari 2011

Vitamin... Dan... Fungsinya...

Vitamin, Garam Galian & Supplemen

Apakah supplemen vitamin dan garam galian?
*Pil vitamin atau garam galian yang diambil sebagai tambahan kepada makanan.

Adakah supplemen vitamin dan garam galian diperlukan?
*Jika anda sihat dan makan makanan seimbang berpandukan kepada Piramid Makanan Malaysia, supplemen tidak diperlukan, (melainkan jika anda mengandung atau bila dinasihati oleh Doktor atau Pakar Pemakanan).
*Jika anda perlu mengambil supplemen, sila rujuk kepada Doktor atau Pakar Pemakanan anda.
*Dos supplemen yang berlebihan boleh memudaratkan. Sila ikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005).

Apakah jenis supplemen vitamin dan garam galian yang biasa?
*Vitamin A
*Vitamin C
*Vitamin B12
*Zat besi
*Zink
*Kalsium
*Asid Folik
*Iodine


Vitamin A
Kepentingan
Ia juga dikenali sebagai Retinol. Ia penting untuk :
*Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna,
*Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam) untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
*Kulit yang sihat
*Lapisan selaput mukosa didalam tubuh.

Kekurangan
Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :
*Penurunan daya tahan kepada jangkitan;
*Kulit kasar, kering dan berjerawat;
*Masalah penghadaman;
*Batu karang (ginjal);
*Rabun malam
*Penyakit mata, termasuk xerophthalamia, dimana ia boleh menyebabkan buta.

Sumber
Sumber Vitamin A yang baik adalah :
*Hati, telur
*Marjerin
*Susu penuh krim dan susu rendah lemak
*Beta Carotene dari makanan (terdapat dengan banyaknya di dalam labu, lobak, aprikot, mangga, betik dan buah dan sayur yang berwarna kuning/oren dan merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi bit) yang akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita.
*Keracunan
*Vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya supplemen berlebihan diambil secara berlebihan
*Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut.


Vitamin C
Kepentingan
Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik.
*Ianya penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan.
*Ia sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka.
*Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asid amino dan hormon.
*Ia juga memiliki kesan antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang digelar sebagai radikal bebas.

Kekurangan
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:
*Skurvi
*Kurang daya tahanan
*Pendarahan gusi.

Sumber
Sumber Vitamin C yang baik adalah :
*Jambu batu
*Betik
*Belimbing
*Mangga
*Buah Sitrus (Limau)
*Sayuran berdaun hijau
*Keracunan
*Cirit birit
*Ganguan gastro usus
*Pembentukan batu karang (ginjal)
*Penambahan asid urik


Vitamin B12
Kepentingan
Vitamin B12 atau Cobalamin, dalam kombinasi dengan Folacin (Vitamin B12 juga dikenali sebagai Asid Folik)
*Ia digunakan dalam pembentukan sel darah merah
*Ia juga membantu dan mengekalkan pelindung selaput saraf.

Kekurangan
Simtom kekurangan Vitamin B12 ialah:
*Pernicious Anemia
*Lumpuh otot dan urat saraf.

Sumber
*Daging
*Ikan
*Ayam/itik
*Prodek tenusu
*Telur
*Hati


Zat Besi
Kepentingan
Zat besi adalah garam galian yang diperlikan dengan sedikit tetapi sangat penting untuk kebaikan kesihatan dan kehidupan. Kebanyakan daripada zat besi dalam tubuh manusia terdapat di sel darah merah-hemoglobin dan kepentingannya adalah:
*Memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah
*Pembentukan myoglobin dalam otot
*Pembawa oksigen
*Terlibat dalam penggunaan tenaga .

Kekurangan
Secara amnya kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
*Anemia
*Simptom 'Attention Deficit Hyperactivity Disorder' dikalangan kanak-kanak
*Dikalangan orang dewasa kerap kali menyebabkan keletihan

Sumber
*Hati
*Beef
*Ayam/itik
*Ikan
*Cengkerang
*Telur
*Kekacang
*Kacang kering
*Buah prun kering
*Jus buah prun
*Bijiran - yang ditambah dengan zat besi
*Gandum penuh
*Roti yang diperkaya dengan galian dan bayam

Keracunan
*Boleh merosakkan hati dan pancreas,
*Kemungkinan peningkatan risiko untuk barah dan penyakit jantung.


Asik Folik
Kepentingan
Juga di kenali sebagai Folate.
*Diperlukan untuk menghasilkan sel batu terutama sel darah merah.

Kekurangan
*Kelesuan
*Keletihan
*Kurang daya tumpuan
*Cepat marah
*Pening
*Jantung berdebar
*Sesak nafas
*Neural tube Defect (kekurangan semasa mengandung)

Sumber
*Kekacang
*Sayur daun bewarna hijau


Kalsium
Kepentingan
*Terlibat dalam proses penambahan garam galian dalam pembentukan tulang dan gigi janin
*Kontraksi dan relaksasi otot,
*Fungsi-fungsi saraf,
*Pengawalan selular dalaman,
*Cofactor enzim selular luaran,
*Pembekuan darah dan tekanan darah

Kekurangan
*Osteoporosis,
*Pertumbuhan kanak-kanak yang terbantut.
*Osteomalasia
*Rikets

Sumber
*Susu dan produk tenusu,
*Ikan (Bertulang),
*Tofu,
*Kekacang,
*Brokoli
*Bayam
*Cekur manis
*Makanan yang diiperkaya dengan kalsium

Keracunan
*Batu karang (ginjal).


Zink
Kepentingan
*Pengangkutan untuk Vitamin A,
*Deria rasa,
*Penyembuhan luka,
*Produksi sperma,
*Perkembangan bayi,
*Memainkan peranan dalam kebanyakan enzim, hormon (insulin), bahan generik dan protein.

Kekurangan
*Kurang selera makan,
*Tumbesaran kanak-kanak terbantut,
*Kelembapan perbentukan organ seks,
*Penurunan fungsi imuniti,
*Lambat penyembuhan luka.

Sumber
*Hati
*Daging
*Ayam/itik
*Makanan laut
*Kekacang (OffalsNuts)
*Bijiran
*Kekacang
*Bijiran penuh
*Keracunan
*Demam,
*Muntah,
*Cirit birit,
*Gastrik
*Pening


Iodin
Kepentingan
*Membantu dalam pengawalan metabolisma dan pembentukan janin.

Kekurangan
*Pembesaran kelenjar tairoid (goiter)

Sumber
*Makanan laut
*Garam beriodin

Keracunan
*Sensasi panas dalam mulut, tekak dan perut
*Sakit perut
*Demam
*Loya
*Muntah
*Cirit Birit
*Hypotyroidism
*Goiter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan