Ahad, 26 Disember 2010

Sakit Gigi

Latar belakang

Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau sekeliling gigi. Ia sering menjadi penyebab utama orang ramai ke klinik pergigian terutama bagi mereka yang mengabaikan kebersihan mulut.


Apakah punca gigi sakit?

Sakit gigi biasanya berpunca daripada:
*kerosakan gigi (karies gigi)
*penyakit gusi (penyakit periodontium)
*gigi sensitif
*sakit pada sendi rahang
*sinus tersumbat
*sakit telinga


Apakah yang boleh terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat?

Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:
*gigi mati
*gusi bengkak
*gigi dicabut atau kehilangan gigi
*kesukaran membuka mulut


Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?
Dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
*mengambil ubat penahan sakit
*berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang berada di celah-celah gigi
*kebaskan gusi, contoh dengan menghisap ais


Bagaimanakah untuk mencegah sakit gigi?

Anda boleh mencegah sakit gigi dengan:
*mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik
*berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida
*gunakan flos
*dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
*kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makan utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan