Bertemu kita kembali.
Dalam surah Al-Waqiah ada dinyatakan bahawa terdapat 3 golongan manusia,
iaitu Muqarrabin, Golongan Kanan dan Golongan Kiri.
Siapakah Muqarrabin itu?
“Mereka ialah yang didekatkan pada Allah dan berada di dalam
syurga yang penuh kenikmatan.”
Siapa pula Golongan Kanan?
Golongan Kanan ialah yang melakukan kebaikan semasa di dunia
(orang yang bertakwa) dan mereka talah dijanjikan oleh Allah
dengan kebahagiaan di akhirat. “Mereka duduk antara pohon bidara
yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya
serta naungan yang terbentang luas. Mereka menikmati air yang
tercurah dan buah-buahan yang banyak yang tidak berhenti berbuah
dan mereka tidak dilarang mengambilnya. Mereka duduk di atas
tilam-tilam yang tebal lagi lembut. Sesungguhnya kami menciptakan
bidadari-bidadari dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan yang
sebaya umurnya. Kami ciptakan mereka untuk golongan kanan…”
Siapa pula Golongan Kiri?
Mereka pula ialah semasa di dunia hidup dalam keadaan mewah dan
mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar.
Mereka terdiri dari golongan yang kufur.
Surah Waqiah dikatakan surah untuk rezeki, kerana Nabi Muhammad s.a.w
menggalakkan kita membacanya setiap malam. Banyak khasiat bagi
pembaca Al-Quran dan di dalam ebook "Rahsia Rezeki" , ada ditegaskan
bahawa untuk mendatangkan rezeki, kita dianjurkan untuk membaca
surah ini dengan khusyuk.
Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata,
Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah
“al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya dengar
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan