Bertemu kita kembali.
Riba’, antara amalan yang paling tidak disukai Allah.
Allah berfirman dalam Al-Quran: “Demikian juga Allah memusnahkan
riba’ dan menyuburkan sedekah” (Al-Baqarah: 276)
Dalam ayat yang berikut pula Allah berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan
tinggalkan saki-baki riba’ yang sebelum (dipungut) jika kamu orang beriman.”
(Al-Baqarah: 278)
Amalan riba ialah salah satu sebab tertutupnya pintu rezeki,
rezeki menjadi sukar, tidak berkat, harta akan hilang dan sebagainya.
Disebaliknya, Allah memuliakan amalan bersedekah dan meningkatkan
darjat orang yang bersedekah. Mana tidaknya, orang yang bersedekah
semakin murah rezekinya, semakin disukai orang, semakin orang memuliakan dia,
semakin kurang orang membencinya dan sebagainya.
Untuk meninggalkan tabiat riba’ ini bukan senang.
Berdoalah kepada Allah untuk keluar dari kepompong riba’ dan
mulakan hidup baru dengan memperbanyakkan sedekah.
Terdapat beberapa amalan yang baik-baik yang disukai Allah dan
Allah memuliakan kita semasa di dunia. Apa lagi di Akhirat, semakin mulia anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan