Sabtu, 2 Oktober 2010

Sikap Orang Beriman Dan Bertawakkal

sikap orang beriman dan bertawakkal.

Bismillah hirrohmanirrhim..


Dari Allah kita Datang dan kepada Allah kita dikembalikan.
Apabila kita ada masalah, kita akan merujuk kepada Allah.
Itulah sikap orang beriman dan bertawakkal.


Bab Rezeki ialah hak Allah. Walau bagaimanapun, kita dituntut
untuk berusaha mendapatkan rezeki. Namun kita janganlah beriktikad
bahawa usaha itu yang mendatangkan rezeki.


Yang memberi rezeki ialah Allah, ia yang memberinya kepada manusia
dan seluruh hidupan di dunia ini menurut peraturan-peraturan yang
telah tetapkan.


Benarkah usaha itu hanyalah jalan untuk sampainya rezeki kepada kita.
Apakah ikhtiar itu boleh mendekatkan kita kepada rezeki Allah?

****************************************************************************************

Dengan kuasa Allah, ada pelbagai cara Dia boleh menarik harta/wang
yang telah berada di tangan seseorang.


Pada 6 Ogos 09, saya membaca satu berita di suratkhabar.
Di dalam berita tersebut melaporkan, seorang bapa telah membayar
sebanyak RM500,000 kepada penculik anaknya.


Itu antara salah satu tanda yang menunjukkan bahawa wang atau
harta yang ada di tangan kita bukanlah tetap menjadi rezeki kita,
ianya boleh ‘terbang’ pada bila-bila masa sahaja menurut kehendak Allah.


Demikian uniknya hal rezeki sehinggakan, kalau difikirkan,
si bapa tadi telah berusaha siang-malam, pagi-petang tak kira hujan,
tak kira panas untuk mengumpulkan wang sehingga setengah juta,
tetapi akhirnya ia terbang ke tangan orang lain dengan sekelip mata.


Cubalah fikirkan, dimanakah silapnya?

****************************************************************************************

Imam Az-Zahabi telah menggariskan sebanyak 71 dosa-dosa besar di
dalam bukunya yang berjudul "Dosa-Dosa Besar", antaranya:


1.syirik (menyekutukan Allah),
2.membunuh jiwa,
3.sihir,
4.meninggalkan solat,
5.tidak membayar zakat,
6.berbuka di siang hari pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran,
7.meninggalkan haji padahal ada kemampuan
8.menderhakai ibu bapa,
9.memutuskan hubungan kekeluargaan,
10.dan seterusnya  …


Dosa-dosa besar ini akan menghalang untuk mengalirnya rezeki dengan
cantik  dan boleh menyebabkan kepapaan. Ingatlah, bagi orang Islam,
dunia ini ialah neraka baginya, dan bagi orang Kafir, dunia ini
ialah syurga baginya. Dan sekiranya anda melakukan dosa-dosa, anda
akan dibalas di dunia dan di akhirat. Di dunia sendiri pun anda
sudah boleh nampak siksanya.

******************************************************************************************


Janganlah menjauhi Allah, sebaliknya dekatkan lah diri Anda dengan Allah.
Allah telah menjanjikan sekiranya kita berjalan kepada Allah,
Allah akan berlari kepada kita. Allah akan menolong anda dalam kesusahan
sehinggakan hati anda tidak memerlukan yang selain Allah.
Anda tidak perlu kepada pertolongan manusia lagi.


Makna mendekatkan diri anda dengan Allah ialah melakukan segala suruhan,
bersolat, berpuasa, berzakat, bersedekah, beribadat, berzikir dan
meninggalkan segala larangan seperti berjudi, meminum arak, mengumpat dsb.


Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
“Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu,
maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu
dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan
memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”
(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)


Rasa kaya ialah penting sebelum menjadi kaya. Kadang kadang rasa kaya
lebih penting dari kaya tetapi rasa miskin.


****************************************************************************************

Allah telah berfirman dalam Al-Quran bahawa jika penduduk dunia
ini beriman dan bertakwa, nescaya keberkatan akan diturunkan ke
atas mereka.


Firman Allah yang bermaksud: “Sekiranya penduduk negeri ini beriman
dan bertaqwa, nescaya Kami bukakan keberkatan kepada mereka yang
keluar daripada langit dan keluar daripada bumi” (Al-A’raf: 96)


Beriman kepada Allah dan bertakwa (menuruti segala suruhanNya dan
meninggalkan segala yang dilarangNya) adalah sebab turunnya
keberkatan dan rezeki dari Allah.


Mengapakah kita melihat seperti keberkatan tidak keluar-keluar
sehingga ke saat ini. Lihatlah dunia kini. Kegawatan, kemelesetan,
peperangan, gempa bumi, bangunan runtuh, anak-anak muda berpeleseran
meninggalkan akhlak di belakang mereka, maksiat, arak dan judi berleluasa.


Mengapa perkara ini berlaku?


Jawapannya cliché sekali kerana inilah yang diberi oleh sesiapa pun
terutama ceramah di masjid masjid: ‘Kurang didikan Agama.’


Tetapi, persoalannya adakah anda mengambil iktibar daripada jawapan itu? 
Kalau ada alhamdulillah. Tapi kalau tiada, ini masanya untuk anda berubah.
Impikan dunia yang aman, selesa, harmoni, saling kasih mengasihani,
saling menghubungkan silaturrahim dan banyak lagi amalan untuk
mendatangkan keberkatan.


Dengan adanya keberkatan, rezeki melimpah ruah, Negara aman,
tiada rusuhan, manusia berlumba melakukan kebaikan.

****************************************************************************************

Surah Al-Waqiah

Bertemu kita kembali.


Dalam surah Al-Waqiah ada dinyatakan bahawa terdapat 3 golongan manusia,
iaitu Muqarrabin, Golongan Kanan dan Golongan Kiri.


Siapakah Muqarrabin itu?
“Mereka ialah yang didekatkan pada Allah dan berada di dalam
syurga yang penuh kenikmatan.”


Siapa pula Golongan Kanan?
Golongan Kanan ialah yang melakukan kebaikan semasa di dunia
(orang yang bertakwa) dan mereka talah dijanjikan oleh Allah
dengan kebahagiaan di akhirat.  “Mereka duduk antara pohon bidara
yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya
serta naungan yang terbentang luas. Mereka menikmati air yang
tercurah dan buah-buahan yang banyak yang tidak berhenti berbuah
dan mereka tidak dilarang mengambilnya. Mereka duduk di atas
tilam-tilam yang tebal lagi lembut. Sesungguhnya kami menciptakan
bidadari-bidadari dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan yang
sebaya umurnya. Kami ciptakan mereka untuk golongan kanan…”


Siapa pula Golongan Kiri?
Mereka pula ialah semasa di dunia hidup dalam keadaan mewah dan
mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar.
Mereka terdiri dari golongan yang kufur.


Surah Waqiah dikatakan surah untuk rezeki, kerana Nabi Muhammad s.a.w
menggalakkan kita membacanya setiap malam. Banyak khasiat bagi
pembaca Al-Quran dan di dalam ebook "Rahsia Rezeki" , ada ditegaskan
bahawa untuk mendatangkan rezeki, kita dianjurkan untuk membaca
surah ini dengan khusyuk.


Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata,
Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah
“al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya dengar
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”

Bencana Riba'

Bertemu kita kembali.


Riba’, antara amalan yang paling tidak disukai Allah.
Allah berfirman dalam Al-Quran: “Demikian juga Allah memusnahkan
riba’ dan menyuburkan sedekah” (Al-Baqarah: 276)


Dalam ayat yang berikut pula Allah berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan
tinggalkan saki-baki riba’ yang sebelum (dipungut) jika kamu orang beriman.”
(Al-Baqarah: 278)


Amalan riba ialah salah satu sebab tertutupnya pintu rezeki,
rezeki menjadi sukar, tidak berkat, harta akan hilang dan sebagainya.


Disebaliknya, Allah memuliakan amalan bersedekah dan meningkatkan
darjat orang yang bersedekah. Mana tidaknya, orang yang bersedekah
semakin murah rezekinya, semakin disukai orang, semakin orang memuliakan dia,
semakin kurang orang membencinya dan sebagainya.


Untuk meninggalkan tabiat riba’ ini bukan senang.
Berdoalah kepada Allah untuk keluar dari kepompong riba’ dan
mulakan hidup baru dengan memperbanyakkan sedekah.


Terdapat beberapa amalan yang baik-baik yang disukai Allah dan
Allah memuliakan kita semasa di dunia. Apa lagi di Akhirat, semakin mulia anda.