| Satu ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Setiap |
| selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan |
| berseorangan. Kadangkala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya. |
| Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki |
| tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki |
| tersebut: “Orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya |
| di tanah perkuburan orang Muslim”. |
| Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai seorang anak perempuan. |
| Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan |
| jenazah ayahnya. Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya tidak akan |
| menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak nakal telah |
| membawa jenazah tersebut melalui jalan Madina dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong |
| serta kering. |
| Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata, “Ya |
| Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal |
| dunia. Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkannya serta |
| mengkebumikannya.” Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut. |
| Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut |
| sebenarnya adalah wali-Nya. |
| Bagaimana dia boleh menjadi wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat mencampuri |
| urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi S.A.W. Allah berkata kepada Nabi S.A.W, “Ya Rasulullah, pergi |
| dapatkan dia dan bersihkan dia.” Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar as- |
| Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut. |
| Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki |
| tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!” Nabi S.A.W berkata, “Tidak, |
| tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!” Apa |
| yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia boleh menjadi seorang |
| wali? Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak dan mencuri. |
| Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan |
| membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya, |
| memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki |
| tersebut daripada masjid Nabi S.A.W. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan dari masjid ke Jannat ul-Baqi |
| ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun begitu, Nabi S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk |
| sampai dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua. |
| Semua sahabat-sahabat baginda berasa hairan apabila melihat cara Rasulullah S.A.W. berjalan. Dengan |
| tangan baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan |
| menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda |
| berjalan menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat baginda bertanya, |
| “Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda menjawab, “Allah telah |
| memerintahkan semua wali daripada timur dan barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan |
| semua kerohanian hadir dan mengiringi jenazah ini. |
| Mereka semua terlalu ramai dan memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan |
| kakiku. Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.” Selepas mengkebumikan lelaki |
| tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap dengan sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah |
| dengan badan yang terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya kepada diri |
| baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut; menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi |
| mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah. |
| Saidina Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang |
| telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.” Kemudian, Nabi S.A.W. menjawab,” Wahai |
| Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu, dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril dan memberitahuku |
| apa yang telah berlaku” Apabila Jibril datang, Nabi S.A.W berkata,” Wahai Jibril, apakah yang sebenarnya |
| berlaku?” Jibril menjawab,” Wahai Nabi S.A.W., janganlah engkau bertanya aku. |
| Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja |
| yang orang lain tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak lelaki tersebut |
| tentang apa yang telah dilakukannya semasa hanyatnya.” |
| Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan sendirinya pergi ke rumah |
| perompak tersebut. Nabi S.A.W. dengan rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia |
| paling sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan apa yang telah |
| dilakukan oleh ayahnya semasa hanyatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah |
| kehidupan ayahmu.” Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan |
| apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. |
| Ayahku seorang pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang |
| kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan. Apabila bulan tersebut |
| tiba, dia akan berkata: “Bulan ini adalah bulan Tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau |
| berkata, Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi S.A.W. dan Ramadhan adalah bulan umat |
| Muhammad.” Kemudian ayahku berkata lagi, “Aku tidak kisah dengan bulan Nabi S.A.W. atau bulan umat |
| Muhammad, kecuali bulan Tuhanku. |
| Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendiriaan, dan bersuluk sepanjang bulan ini. Nabi |
| S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis suluk yang dia telah lakukan?” Dia |
| menjawab,” Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang yang |
| boleh dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70 ke 80 tahun. Lantas ayahku |
| memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya merompaknya. Dia menemui sehelai kertas kecil yang |
| tergulung pada orang tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di dalamnya ada satu |
| doa. |
| Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab bulan Allah , ayahku |
| akan duduk bersendirian dan membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali |
| keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, |
| bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri |
| untuk 11 bulan yang akan datang. |
| Doa yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya |
| 3 kali sehari ketika bulan Rejab. Apabila Nabi S.A.W meminta anak perempuan lelaki tersebut |
| memberikan doa tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya pada |
| badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang, teruskan membacanya, |
| dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah. Bergantung kepada niat masing-masing. |
| Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon |
| keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurangkurangnya |
| satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan |
| semua dosanya kepada ganjaran. |
| Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini |
| menjadi wali besar.” Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang. |
| Nama’2 bulan dlm Islam. |
| Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). |
| Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun |
| sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan |
| bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu |
| mempengaruhi nama sesetengahnya kini. |
| 1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – ?????) |
| Bulan ini mengambil perkataan “Haram” yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya |
| atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya |
| Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam |
| Islam. |
| 2. Safar (???) |
| Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan |
| yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab |
| (badwi) meninggalkan rumah mereka. |
| 3. Rabiulawal (???? ????) |
| Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan. |
| 4. Rabiulakhir (???? ?????/’???? ??????) |
| Bulan kedua musim bunga. |
| 5. Jamadilawal (???? ????) |
| Kiamat & |
| Gambarannya |
| syurga menurut |
| gambaran al-quran |
| Political in Islamic Selamat Hari Raya |
| Aidiladha 1432H |
| Bulan pertama musim panas. “Jumada” bermaksud kering. |
| 6. Jamadilakhir (???? ?????/???? ??????) |
| Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa |
| maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu. |
| 7. Rejab (???) |
| Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan |
| yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana |
| tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah. |
| 8. Syaaban (?????) |
| Bulan ini terbit dari perkataan “syu’ba”, bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab |
| dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air. |
| 9. Ramadan (?????) |
| Diambil daripada perkataan “ramda”, yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika |
| nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu. |
| 10. Syawal (????) |
| Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika |
| nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu. |
| 11. Zulkaedah (?? ??????) |
| Diambil daripada perkataan “qa’ada” bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang |
| mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti |
| perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji. |
| 12. Zulhijah (?? ?????) |
| Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran |
| kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan “haji” |
| sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini. |
V-isi E-volusi R-eformasi D-emokrasi R-ealiti U-ntuk L-ebih E-xtreme S-ensasi....
Rabu, 30 Mei 2012
Kisah Perompak yg punyai 1 Niat Kebaikan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan