Rabu, 30 Mei 2012

Spek Pink Caler...








PERISTIWA PENTING DI BULAN REJAB...

Print
Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:
1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                        (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
 2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.
 3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
 5.Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
 
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. 
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Don't always sleep late!!

Good rest and sound sleep is very important... if u don't sleep well,

The toxins in your body will accumulate... Affecting your health and your mood...

The main causes of liver damage are:
1. Sleeping too late and waking up too late are the main cause..
2. Not urinating in the morning.
3. Too much eating.
4. Skipping breakfast.
5. Consuming too much medication.
6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.
7. Consuming unhealthy cooking oil. Reduce as much as possible cooking oil when frying, which includes even the best
    Cooking oils like olive oil, Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.
8. Consuming overly done foods also add to the burden of liver. Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried
     Veggies should be finished in one sitting, do not store.

We have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits is very important for our body to absorb and get rid of unnecessary chemicals.

Because….

Evening 9 - 11pm: is the time for eliminating unnecessary/ toxic chemicals (de- toxification) from the antibody system (lymph nodes). This time duration should be spent by relaxing or listening to music. If during this time a housewife is still in a un relaxed state such as washing the dishes or monitoring children doing their homework, this will have a negative impact on her health.

Night at 11pm - 1am: The de-toxification process in the liver, and ideally should be done in a deep sleep state.
Early morning 1 - 3am: de-toxification process in the gall, also ideally done in a deep sleep state.
Early morning 3 - 5am: de-toxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the de-toxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process.
 
 
Morning 5 - 7am: de-toxification in the colon, you should empty your bowel.
Morning 7 - 9am: Absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30am, for those who are sick. Breakfast before 7:30am is very beneficial to those wanting to stay fit.
Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9 -10am rather than no meal at all.
Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals.
Midnight 4am is the time when the bone marrow produces blood.  Therefore, have a good sleep and don't sleep late.


Sharing Is Caring!

Dikatakan :-


 
۞                       Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞                       Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞                       Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞                       Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞                       Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞                       Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞                       Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞                       Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞                       Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞                       Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
 
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
 
 
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'
 
Sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu~
Jangan kita malas dan mengalah….ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti….
 

Kisah Perompak yg punyai 1 Niat Kebaikan...


Satu ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Setiap
selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan
berseorangan. Kadangkala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya.
Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki
tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki
tersebut: “Orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya
di tanah perkuburan orang Muslim”.
Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai seorang anak perempuan.
Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan
jenazah ayahnya. Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya tidak akan
menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak nakal telah
membawa jenazah tersebut melalui jalan Madina dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong
serta kering.
Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata, “Ya
Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal
dunia. Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkannya serta
mengkebumikannya.” Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut.
Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut
sebenarnya adalah wali-Nya.
Bagaimana dia boleh menjadi wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat mencampuri
urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi S.A.W. Allah berkata kepada Nabi S.A.W, “Ya Rasulullah, pergi
dapatkan dia dan bersihkan dia.” Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar as-
Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut.
Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki
tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!” Nabi S.A.W berkata, “Tidak,
tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!” Apa
yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia boleh menjadi seorang
wali? Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak dan mencuri.
Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan
membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya,
memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki
tersebut daripada masjid Nabi S.A.W. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan dari masjid ke Jannat ul-Baqi
ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun begitu, Nabi S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk
sampai dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua.
Semua sahabat-sahabat baginda berasa hairan apabila melihat cara Rasulullah S.A.W. berjalan. Dengan
tangan baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan
menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda
berjalan menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat baginda bertanya,
“Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda menjawab, “Allah telah
memerintahkan semua wali daripada timur dan barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan
semua kerohanian hadir dan mengiringi jenazah ini.
Mereka semua terlalu ramai dan memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan
kakiku. Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.” Selepas mengkebumikan lelaki
tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap dengan sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah
dengan badan yang terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya kepada diri
baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut; menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi
mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah.
Saidina Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang
telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.” Kemudian, Nabi S.A.W. menjawab,” Wahai
Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu, dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril dan memberitahuku
apa yang telah berlaku” Apabila Jibril datang, Nabi S.A.W berkata,” Wahai Jibril, apakah yang sebenarnya
berlaku?” Jibril menjawab,” Wahai Nabi S.A.W., janganlah engkau bertanya aku.
Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja
yang orang lain tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak lelaki tersebut
tentang apa yang telah dilakukannya semasa hanyatnya.”
Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan sendirinya pergi ke rumah
perompak tersebut. Nabi S.A.W. dengan rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia
paling sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan apa yang telah
dilakukan oleh ayahnya semasa hanyatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah
kehidupan ayahmu.” Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan
apa yang akan aku ceritakan kepada kamu.
Ayahku seorang pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang
kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan. Apabila bulan tersebut
tiba, dia akan berkata: “Bulan ini adalah bulan Tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau
berkata, Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi S.A.W. dan Ramadhan adalah bulan umat
Muhammad.” Kemudian ayahku berkata lagi, “Aku tidak kisah dengan bulan Nabi S.A.W. atau bulan umat
Muhammad, kecuali bulan Tuhanku.
Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendiriaan, dan bersuluk sepanjang bulan ini. Nabi
S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis suluk yang dia telah lakukan?” Dia
menjawab,” Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang yang
boleh dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70 ke 80 tahun. Lantas ayahku
memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya merompaknya. Dia menemui sehelai kertas kecil yang
tergulung pada orang tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di dalamnya ada satu
doa.
Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab bulan Allah , ayahku
akan duduk bersendirian dan membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali
keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata,
bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri
untuk 11 bulan yang akan datang.
Doa yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya
3 kali sehari ketika bulan Rejab. Apabila Nabi S.A.W meminta anak perempuan lelaki tersebut
memberikan doa tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya pada
badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang, teruskan membacanya,
dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah. Bergantung kepada niat masing-masing.
Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon
keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurangkurangnya
satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan
semua dosanya kepada ganjaran.
Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini
menjadi wali besar.” Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang.
Nama’2 bulan dlm Islam.

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi).
Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun
sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan
bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu
mempengaruhi nama sesetengahnya kini.
1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – ?????)
Bulan ini mengambil perkataan “Haram” yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya
atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya
Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam
Islam.
2. Safar (???)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan
yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab
(badwi) meninggalkan rumah mereka.
3. Rabiulawal (???? ????)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
4. Rabiulakhir (???? ?????/’???? ??????)
Bulan kedua musim bunga.
5. Jamadilawal (???? ????)
Kiamat &
Gambarannya
syurga menurut
gambaran al-quran
Political in Islamic Selamat Hari Raya
Aidiladha 1432H
Bulan pertama musim panas. “Jumada” bermaksud kering.
6. Jamadilakhir (???? ?????/???? ??????)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa
maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
7. Rejab (???)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan
yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana
tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
8. Syaaban (?????)
Bulan ini terbit dari perkataan “syu’ba”, bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab
dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
9. Ramadan (?????)
Diambil daripada perkataan “ramda”, yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika
nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
10. Syawal (????)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika
nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
11. Zulkaedah (?? ??????)
Diambil daripada perkataan “qa’ada” bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang
mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti
perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
12. Zulhijah (?? ?????)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran
kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan “haji”
sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.