PERIHAL KENCING.
Apa yang patut di lakukan selepas kita kencing...
Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah,
tetapi
sebagai panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi
ini, Insyaallah Ramai
orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal
ibadahnya,
sedekahnya dll tetapi masih tidak terlepas dari azab
api neraka.
Syedina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat
si polan tetapi
tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak
dari dalam kain kafan
si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya.
Alangkah
terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala
mayat sipolan itu.
Syedina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri
ular tadi untuk dibunuhnya.
Tetapi
ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya" Apakah
salah ku
kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas
yang diperintahkan"
Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia
merupakan
orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan
kemaluannya apabila
membuang air kecil.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil,
disunatkan
berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing
dipastikan keluar kesemuanya.
Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung
beberapa kali
sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam
saluran. Kemudian basuhlah
dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya,
pastikan
dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit
dengan jari dan
dipusing-pusingkan semasa
dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya
menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan
air sahaja ia
tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang
berbibir-bibir
itu.
Wassalam
Info Daripada
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan