Isnin, 30 Ogos 2010

Nasi Kangkang

Nasi Kangkang

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih
Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor.
Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya
Merasa terlalu seronok.

'Eh, makin kurus nampak. Diet ke?' kata saya setelah mempersilakannya
Duduk.

'Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.
Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi
Tinggal tulang,' balas Arifin.

'Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,'
Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa
Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya
Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja
Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

'Orang rumah saya sakitlah, ustaz', kata Arifin.

'Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak
Tak hendak. Sakit apa?' saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab.
Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di
Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

'Entahlah.' katanya perlahan,

' Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki,
Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air
Panas,'kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke
Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak
Dapat melegakan penyakitnya.

'Sakit apa, doktor pun tak tau,'tambahnya.

'Dah pergi berubat kampung?'saya bertanya.

'Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh
Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis,
Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,'jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula
Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang
Cantik juga berubah murung, kusut

'Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya,
Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan
Berbintil-bintil macam katak puru,' tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh
Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari
tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata,
kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut
kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa
berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang
menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah
mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi
sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut
mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih.
Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya
seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas,
semakin hari semakin
banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan
kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman
seperti di penuhi darah beku.

'Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam
ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya
tengok,' kata Arifin. Wajahnya sayu

'Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu'.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin
membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan
banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di
negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit
berkenaan.

'Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam
saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz
dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya
mengubatnya cara moden,'tambah Arifin.

'InsyaAllah.' Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah
kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa
seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana
semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

'Apa yang dia cakap masa meracau tu?'

'Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada
saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja.
Yalah. orang dah sakit memang macam tu,'kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak.
Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya
berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

'Datang ya, ustaz . Saya tunggu,'katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti
yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

'Jemput masuk ustaz,'Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah
bilik.

'Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka
dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,' bisiknya sebelum kami masuk
ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada
terbaring mengiring mengadap ke dinding.

'Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,'kata Arifin perlahan sambil memegang
bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan
Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang
menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol
seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula
kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama
menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia
dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke
sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;'Pin, saya nak tanya
sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung'.

'Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,' jawab Arifin.

'Err,. dari mana datangnya bau yang.' soal saya, tapi tak sanggup nak
menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

'Ooo. mmm, dari alat sulit dia,'kata Arifin perlahan.

'Keluar lendir bercampur nanah.'

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan
Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-
hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin,
kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan
oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau
bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada
ibu bapanya.

'Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.'

'Kalau macam tu, baguslah,'kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran,
saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta
keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

'Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,' kata saya sebelum
meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah
parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya
beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian
teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan
semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah
saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat
memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya
itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali
ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

'Ustaz,'katanya,

'Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu'

'Kenapa?'pantas saya bertanya....

'Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan
ceritakan segala-galanya'. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun
kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah
memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya 'Kenapa?'

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

'Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah
berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu
selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.'

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya,
tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar
seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa
lelaki.

'Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata
Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap
zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.'Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya
beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan
dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya
kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.'
Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya
mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin
bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada
isterinya. Budi bahasa pun elok.

'Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,'kata
saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya
pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan
jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.'

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang,
kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak
dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus
azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak
relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.'

'Ampunkan dia?' Arifin bertanya balik.

'Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain,
kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?'tingkah
Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

'Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,' jelas saya.
Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya
katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku
dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan
cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

'Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki
dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar
ikhlas,' jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya
nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu
Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

'Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,' kata saya. Seminggu
kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan
isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi
tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat
Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

'Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada
saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila
dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,
tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan
tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

'Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi
mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah
mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki,
hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa

P/S : Sekadar untuk pengajaran..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan