Selasa, 31 Ogos 2010

12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT:-


Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".

Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".


Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah

"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."

Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.


Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking

"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.

Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut

"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.


Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar

"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.


Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.


Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.


Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.

Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".


Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.


Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.


Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.

Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.

Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"



BACALAH YASSIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s..a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.


Untuk renungan semua,


Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.


Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Rahsia Solat Awal

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Isnin, 30 Ogos 2010

20 Tips Jadikan Anak Pintar Dengan Izin Allah

DIDIKLAH ANAK SEBAGAI WINNER
Assalamualaikum,

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat... rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .

Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda . hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

P/S : Cuba2lah..

Permainan 3 Tendangan

Saya adalah seorang pengacara terkenal pergi berburu burung di texas. Saya langsung menembak seekor burung yang sedang terbang, tetapi burung itu jatuh di ladang milik seorang petani yang dipagari agak tinggi.

Ketika sedang memanjat pagar, seorang lelaki tua datang dengan menaikii traktornya dan bertanya padaku apa yang sedang kulakukan.

"Saya menembak seekor burung dan burung itu jatuh di ladang, dan sekarang saya mau mengambilnya"

Pak tua menjawab : "Ini adalah ladangku, dan kamu tidak boleh kemari."

Dengan sedikit tertawa, saya berkata "Saya adalah salah satu pengacara terbaik di malaysia. kalau kamu tidak mengizinkan saya mengambil burung saya, maka saya akan menuntut mu dan mengambil semua yang kamu miliki."

Pak tua tersenyum dan berkata, "Sepertinya kamu tidak tau bagaimana kami disini menyelesaikan perselisihan. kami menggunakan 'Permainan tiga tendangan' untuk perselisihan-perselisihan kecil seperti ini"

"Apa itu 'Permainan tiga tendangan' ?"

Pak tua menjawab "Well, Karena masalah timbul di tanah milikku, pertama-tama saya akan menendangmu 3 kali, kemudian kamu menendangku 3 kali, dan seterusnya, SAMPAI salah satu dari kita menyerah..!"

Saya berpikir bahwa pak tua ini tentunya tidak akan tahan ditendang lama-lama, dan mungkin saya bisa memenangkan hal ini dengan mudah, maka saya setuju.

Pak tua menuruni traktornya secara perlahan2 dan menghampiri saya.

Pertama, dia menendang paha saya sampai saya jatuh berlutut dan kesakitan. Saat saya sedang kesakitan, tendangan kedua dia lakukan ke arah perut dan saya memuntahkan sarapan saya. dan tendangan ketiga dia menendang punggung membuat muka dan baju saya kotor dengan bekas muntahan saya.

Saya mencoba berdiri dan mengambil nafas. Setelah saya stabil, dan sedikit membersihkan muka, saya berkata "Oke, sekarang giliran saya."

"Aaah... tak usah, saya menyerah sekarang, u boleh ambil burungnya." kata pak tua sambil berlalu pergi.

Cerita Pilihanraya - Sekadar Renungan

MARI MENGUNDI
Tunaikan Tanggungjawab Mengundi Kita (Renungkanlah. ....)


Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal pengundi dan pembaca yang budiman. Aku terpanggil untuk menulis coretan ini bukan kerana ingin memihak kepada mana-mana parti atau pemimpin tetapi kerana suatu persoalan yang berlegar di benak fikiranku dan ingin aku mengajak saudara-saudari sekalian bertanya kepada diri dan hati masing-masing TANGGUNGJAWAB MENGUNDI KITA KERANA APA?

Mungkin ada diantara saudara-saudari tertanya-tanya bagaimana persoalan ini terlintas difikiran aku? Sebenarnya ia timbul setelah aku mendengar satu sesi ceramah agama di surau perumahan yang aku diami. Ceramah yang diberikan oleh ustaz berkenaan bukanlah suatu ceramah politik, ianya ceramah mingguan, tetapi penceritaan di dalam cermahnya membuatkan aku tertanya kepada diri sendiri akan persoalan di atas.
Selepas solat sunat sesudah solat magrib, ustaz tersebut pun memulakan ceramah beliau. Seperti biasa isi ceramahnya adalah tentang dosa dan pahala. Pada mulanya aku mendengar seperti biasa kerana topik sedemikian sering kali di ulangi ketika khutbah jumaat.
Kemudian ceramah beliau menjadi menarik lebih-lebih lagi bila semua makmum yang hadir mendengar dengan khsyuk. Ustaz tersebut berbicara mengenai seorang pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang Masyhar.

Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah maha mengetahui akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hambanya, ; " Wahai si polan, kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas kesalahan mencuri sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi dan bukti yang nyata dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan"

Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini, tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku".
Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan segalanya akan diadili dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t
Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya, " Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri ini?" Maka jawab sihakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah yang diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk melakukannya. " Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa pula yang memberi kamu akan kuasa itu?" . Jawab sihakim, "Mereka yang membuat akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang di barisi oleh ahli-ahli kabinet negaraku".

Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan, " Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian yang bercangah sama sekali dengan hukum Ku?" Jawab ahli-ahli kabinet " Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak hukum Mu selama kami memerintah dengan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi jangan lah hanya kami di persalahkan kerana kami tidak akan membuat akta yang melawan hukum Mu sekiranya rakyat tidak memilih kami".

Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang memilih ahli-ahli kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai kamu sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang menolak hukum Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakan hukum Ku.

Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana dimahsyar tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan. Ada diantaranya menjawap "Wahai Tuhan Ku, aku memilih mereka kerana dihadiahkan baju dan kain." Ada pula yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana ingin kemewahan dan kesenangan dunia.", Selain itu ada yang menjawap "Aku memilih mereka kerana inginkan projek-projek" . Ada juga yang menjawab " Aku memilih mereka kerana aku tidak yakin kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh memerintah". Ada lagi yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan undang-undang Islam".

Dan yang menyedihkan ada yang menjawab, "Kami memilih mereka kerana di hadiahkan sekampit beras, sekilo gula dan sekilo tepung". Maka dengan murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuk lah kamu semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku amat lah pedih dan terimalah balasan siksa diatas apa yang telah kamu lakukan dan dustakan." Nauzubillah.
Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, " Kalau saudara-saudari tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku di mahsyar nanti, tunggu lah saya nanti di sana, kalau apa yang saya katakana ini bohong atau dusta semata".
Dalam perjalan aku kerumah, apa yang berlegar di fikiran aku adalah persoalan " AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA??? Setibanya aku di pintu pagar rumah, dengan rasa yakin dan teguh aku mendapat jawapannya, AKU MENGUNDI KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM.

Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri masing-masing AKU MENGUNDI KERANA APA??? Tepuk dada tanya IMAN.
Wassalam.


p.s : sebarkan pada rakan anda.
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? "Baginda s.a.w. menjawab, " hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa......
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak...
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik ber adik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .......
terasa syahdu dan s ayu ...dinginnnn. .....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ......
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata...' dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya..'
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk 'anak soleh' kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi....
semakin kiter tenung terasa semakin s ayu ...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata...' tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..'
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



P/S :surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. ..
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com. Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.

BEZA antara MARJERIN & MANTEGA

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang
melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah
otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi
mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti
mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan
pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai
jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya
sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin

boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding
memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.
Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia
adalah makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan
lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin
terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid
lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga

kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol
berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko
penyakit barahsebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.
Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin
semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG
SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKULuntuk menjadi PLASTIK. Fakta ini
sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur
hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna
hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat
teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya
(ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai
nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma
juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada
plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti
anda?

P/S :BAGUSLAH KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah
berkurang

SATAN'S MEETING

SATAN'S MEETING:

(Read even if you're busy)


Satan called a worldwide convention of demons.
In his opening address he said, "We can't keep
Muslims from going to Mosque."
"We can't keep them from reading their Quran and
knowing the truth."
"We can't even keep them from forming an intimate
relationship with their Allah and his messenger
Muhammad."

"Once they gain that connection with Allah, our
power over them is broken."
"So let them go to their Mosques; let them have
their covered dish dinners, BUT steal their time,
so they don't have time to develop a relationship
with Allah and his messenger Muhammad."

"This is what I want you to do," said the devil:
"Distract them from gaining hold of their Allah and
maintaining that vital connection throughout their
day!"
"How shall we do this?" his demons shouted.
"Keep them busy in the non-essentials of life and
invent innumerable schemes to occupy their minds,"
he answered.
"Tempt them to spend, spend, spend, and borrow,
borrow, borrow."
"Persuade the wives to go to work for long hours
and the husbands to work 6-7 days each week, 10-12
hours a day, so they can afford their empty
lifestyles."
"Keep them from spending time with their children."


"As their families fragment, soon, their homes will
offer no escape from the pressures of work!"
"Over-stimulate their minds so that they cannot
hear that still, small voice."
"Entice them to play the radio or cassette player
whenever they drive." "To keep the TV, VCR, CDs and
their PCs going constantly in their home and see to
it that every store and restaurant in the world
plays music constantly."
"This will jam their minds and break that union
with Allah and his messenger Muhammad."
"Fill the coffee tables with magazines and
newspapers."
"Pound their minds with the news 24 hours a day."

"Invade their driving moments with billboards."
"Flood their mailboxes with junk mail, mail order
catalogs, sweepstakes, and every kind of newsletter
and promotional offering free products, services
and false hopes."

"Keep skinny, beautiful models on the magazines and
TV so their husbands will believe that outward
beauty is what's important, and they'll become
dissatisfied with their wives. "

"Keep the wives too tired to love their husbands at
night."
Give them headaches too!
"If they don't give their husbands the love they
need, they will begin to look elsewhere."
"That will fragment their families quickly!"
"Give them story books to distract them from
teaching their children the real meaning of Salat."
"Keep them too busy to go out in nature and reflect
on Allah's creation. Send them to amusement parks,
sporting events, plays, concerts, and movies
instead. "Keep them busy, busy, and busy!"
"And when they meet for spiritual fellowship,
involve them in gossip and small talk so that they
leave with troubled consciences."
"Crowd their lives with so many good causes they
have no time to seek power from Allah."

"Soon they will be working in their own strength,
sacrificing their health and family for the good of
the cause."

"It will work!" "It will work!"

It was quite a plan!

The demons went eagerly to their assignments
causing Muslims everywhere to get busier and more
rushed, going here and there.

Having little time for their Allah or their
families.
Having no time to tell others about the power of
Allah and his messenger Muhammad to change lives.

I guess the question is, has the devil been
successful in his schemes?

You be the judge!!!!!

Does "BUSY" mean:

B-eing
U-nder
S-atan's
Y-oke?

Please pass this on, if you aren't too BUSY!

I don't think I know 10 people who would admit they
love Allah. Do You Love Him?

IF YOU LOVE Allah, PASS THIS ON!!!!!!!

"whoever guides or directs to good,then he gets the
same amount of blessing (reward) as the one who
does it" The prophet (sallallaahu'alaihi wasallam).

SALAM

SAKA

20 tahun diganggu saka



'Saya dan adik ber adik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling'



"SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup ‘mengorbankan’ keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam."





Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:



Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.



Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.



Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik ber adik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.



Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.



Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.



Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.



Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk.. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.



Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.



Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.



Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-ber adik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.



Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.



Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.



Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.



Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada ‘belaan’ keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.



Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.



Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.



Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk - selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.



Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:



“Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai ‘wali’ ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan ‘khadam’ untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.



“Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Mel ayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.



“Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah,” katanya.



Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.



Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.



Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang ‘ia’ sudah mati dan hendak memeluk saya.



Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.



Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.



Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.



Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.



Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.



Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi ‘amalannya’ diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.



Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.



Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.



Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Mel ayu hingga kini.



Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat - perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.



Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.



INFO: Saka



Saka adalah amalan mewarisi jin atau syaitan untuk membolehkan makhluk halus itu memberikan pemiliknya pelbagai kekuasaan ghaib seperti kekuatan luar biasa, kecantikan, pengaruh dalam masyarakat dan pelbagai lagi.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah syirik dan haram di dalam Islam.
Jin yang menjadi saka boleh memperdaya tuannya seperti menjelma di dalam mimpi sebagai seorang yang warak dan kuat beribadat. Akan tetapi ia bagi memastikan manusia itu terpedaya dengannya seterusnya sesat dari Islam.
Saka tidak semestinya diwariskan kepada saudara sedarah tetapi kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula pelbagai antaranya menerusi perbuatan seperti bersalaman, menerusi lafaz atau menyerahkan barang tertentu seperti keris, cincin, azimat termasuk kertas bertulis ayat al-Quran.

Langkah Menzahirkan Cinta

LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA



Panggilan suami isteri. Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan perkataan ‘abang, honey, darling, sayang,’ Suami pula memanggil isteri dengan panggilan ‘honey, darling, sayang,’ atau nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A’ishah dengan ‘Humairaa’ yang boleh diertikan ‘si merah jambu’. Elakkan panggilan ‘ayahnya, bapanya, abahnya, papa, daddy’ dan seumpamanya. Elakkan ‘maknya, mama’ dan sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan ‘darling’ dan ‘sayang’ di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan ’pinggan dibaling senduk melayang’.



Bantu-membantu. Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi s.a.w. di rumah, A’ishah berkata: “Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda keluar”. (Riwayat Bukhari)



Saling berkomu nik asi dan berhubung. Komu nik asi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komu nik asi. Penggunaan SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa komu nik asi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomu nik asi lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih berkomu nik asi hingga bertukar menjadi benci.



Hadiah. Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu. Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti akan kasih-mengasihi. Hadiah t ida k semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah memadai.



Membuat kejutan. Contohnya suami mengajak isteri makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.



Menjaga lidah agar tida k bercakap perkara yang t idak sesuai. Mulut murai, mulut ‘laser’ dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan me nik am pasangan anda dan menyedihkannya.. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. t ida k pernah bercakap perkara keji.



Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah satu kaeda h memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. A’ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A’ishah dan menemaninya hingga A’ishah berasa jemu. A’ishah berkata yang bermaksud: “Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid hinggalah aku berasa jemu...” (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.



Ucapan tanda penghargaan. Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.



Menghargai pemberian pasangan. Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai..... .

P/S : Kasih sayang membawa berkat, kekal abadi hingga ke akhir hayat.

KENCING TIKUS

Saya rasa dalam 1 juta hanya 1 orang yang cuci permukaan tin tersebut.


kalu bole jgn beli minuman dlm tin & jajan yg lain....mmg x baik utk kesihatan... .Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang kawan saya di Bangi untuk berbual kerana dah lama tak berjumpa. Dia bagitahu yang dia baru jer balik dari menguruskan jenazah di negeri di selatan tanahair kerana
disyaki keradangan otak.

Menurut beliau sukar dia nak percaya kejadian yang berlaku kepada arwah kawan bapanya. Kerana arwah nie sihat sepanjang hari sebelum meninggal. Tiba-tiba jer kena macam strok masa kat umah dia. Terus jatuh pengsan tak sedarkan diri sehinggalah ke akhir hayat beliau. Keluarga arwah pun bawa ler bapanyer tu ker kli nik . Doktor yang periksa arwah nie bagi tahu dia kena strok. Dia terus refer kes ni ke hospital besar. Sampai jer ke hospital terus kes nie dirujuk ke bahagian ER. Doktor yang pekse arwah nie cakap takdelah pulak tanda-tanda kena strok. Bila buat pemeriksaan CT pada bahagian kepala arwah doktor kat situ semua terkejut sebab ada sesuatu kat dalam sistem otak arwah.

Bila diaorang check pun check diaorang dapati ada sejenis cairan di dalam otak arwah.
Doktor amik sample apa yang patut pada arwah. Tapi saya tak pasti samada dia amik kat kepala ker atau kat bahagian lain. Bila dibuat ujikaji di makmal doktor kat makmal tu heran macam mana cairan sample yang dia amik tu mengandungi peratusan tertinggi kandungan asid yang sering terdapat pada air KENCING TIKUS.

Semua orang heran macam mana kencing tikus nie boleh ada pada sistem otak arwah. Doktor bertanya dengan family arwah ada ke arwah ambil apa-apa makanan di luar rumah baru-baru nie. Mengikut arwah ni die bukan seorang yang suka makan kat luar. Dia nie suka makan apa yang masak oleh isterinya jer. Tikus pun tak penah nak ada dalam umah diaorang.

Bila diselidik semula barulah family arwah nie teringat yang arwah baru-baru nie ada beli beberapa
air minuman dalam tin. kalau tak silap saya air tin bergas. Doktor minta pagawainya ke umah arwah
bawa sample dalam air tin tu untuk diuji. Setelah diuji,kandungan air dalam tin tu tak menunjukkan apa-apa tanda ada kesan air kencing. AKAN TETAPI pegawai makmal menguji sampel pada permukaan air tin tu.

Doktor pun dapatlah jawapan macam mana arwah nie kena jangkitan pada otaknya. Rupa-rupanya air dalam tin tak tercemar, yang tercemarnya adalah permukaan air tin tue jer. Mengikut doktor tu mungkin tikus telah merayap pada air tin tu sebelum tikus tu kencing pada air tin yang arwah beli. Kalau dilihat secara fizikal manalah mata kasar kita nie boleh nampak kesan air kencing tikus nie kalau air kencing tu dah kering.

Jadi kepada semua rakyat malaysia , berhati-hatilah bila saudara dan saudari membeli mana-mana barangan jenis tin atau berbentuk makanan yang dipack dari mana-mana kedai atau supermarket kerana dikhuatiri perkara nie berulang. Pasti bekas tin atau makanandipack yang dibeli dicuci sebelum digunakan atau diminum atau dimakan. Kita semua pun tahu bahawa tikus nie keje dia merayap kita tak boleh nak salahkan dia dah fitrah dia macam tu.....dan kita pun tahu yang tikus nie membawa pelbagai penyakit. Jadi kita kenalah berhati-hatilah ketika membeli barangan untuk keperluan nutrien dan diet kita seharian. Akhir sekali kita sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

P/S: Berhati-hati selalu.

ISTIDRAJ

Buat renungan kita bersama, Wallahu'alam...





ISTIDRAJ



Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat

seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah

rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".



So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd

seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi

kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu .



Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat

bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi

baik.





Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia

telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.



Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat

apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.

Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita

akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan

suara hamba-hambaNya mer ayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus

dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk

bersyukur pd yg Esa.



Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and

interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp

timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..



Apakah dia istidraj itu?



Ianya adalah pemberian nik mat Allah kepada manusia yang mana pemberian

itu tidak diredhaiNya . Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w.

bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nik mat

kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa

orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh

At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi



Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru

dengan pemikirannya merasakan bahawa nik mat yang telah datang kepadanya

adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian

di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan

berpegang teguh pada agama Islam.



Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,

bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,

bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa

sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur

hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,

kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila

kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati

juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka,

takburnya mereka.



Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi

Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi

tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof

dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan

ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.



Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat

maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang

yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,

sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat

pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh

kaya macam aku, katanya sombong."



Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nik mat yang banyak dengan

tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah

menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan

dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)



Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu

atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak

membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,

anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nik mat(sayap), dia

akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nik mat, cuba

hendak melawan Allah swt.



Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun

tidak pernah kerana Allah berikannya nik mat kesihatan. Orang lain selalu

sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati

juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.



Tapi dengan nik mat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar

Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan

Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke

dalam lubang hidungnya.



Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya

sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan

bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita

kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.



Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan

yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang

berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah

pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan

untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?



Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta

mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nik matnya

untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan

pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada

pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.



Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.



Bagaimana cara untuk menentukan nik mat yang diredhai Allah?



Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nik mat yang

diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nik matnya. Dia akan mengunakan

pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri

kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nik mat pemberian

yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan

Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.



Wallahualam.





Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:



" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

--

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Mutiara Kata: "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

have a nice day.....

Nasi Kangkang

Nasi Kangkang

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih
Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor.
Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya
Merasa terlalu seronok.

'Eh, makin kurus nampak. Diet ke?' kata saya setelah mempersilakannya
Duduk.

'Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.
Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi
Tinggal tulang,' balas Arifin.

'Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,'
Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa
Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya
Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja
Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

'Orang rumah saya sakitlah, ustaz', kata Arifin.

'Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak
Tak hendak. Sakit apa?' saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab.
Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di
Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

'Entahlah.' katanya perlahan,

' Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki,
Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air
Panas,'kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke
Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak
Dapat melegakan penyakitnya.

'Sakit apa, doktor pun tak tau,'tambahnya.

'Dah pergi berubat kampung?'saya bertanya.

'Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh
Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis,
Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,'jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula
Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang
Cantik juga berubah murung, kusut

'Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya,
Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan
Berbintil-bintil macam katak puru,' tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh
Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari
tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata,
kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut
kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa
berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang
menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah
mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi
sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut
mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih.
Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya
seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas,
semakin hari semakin
banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan
kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman
seperti di penuhi darah beku.

'Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam
ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya
tengok,' kata Arifin. Wajahnya sayu

'Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu'.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin
membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan
banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di
negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit
berkenaan.

'Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam
saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz
dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya
mengubatnya cara moden,'tambah Arifin.

'InsyaAllah.' Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah
kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa
seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana
semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

'Apa yang dia cakap masa meracau tu?'

'Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada
saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja.
Yalah. orang dah sakit memang macam tu,'kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak.
Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya
berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

'Datang ya, ustaz . Saya tunggu,'katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti
yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

'Jemput masuk ustaz,'Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah
bilik.

'Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka
dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,' bisiknya sebelum kami masuk
ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada
terbaring mengiring mengadap ke dinding.

'Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,'kata Arifin perlahan sambil memegang
bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan
Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang
menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol
seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula
kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama
menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia
dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke
sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;'Pin, saya nak tanya
sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung'.

'Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,' jawab Arifin.

'Err,. dari mana datangnya bau yang.' soal saya, tapi tak sanggup nak
menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

'Ooo. mmm, dari alat sulit dia,'kata Arifin perlahan.

'Keluar lendir bercampur nanah.'

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan
Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-
hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin,
kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan
oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau
bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada
ibu bapanya.

'Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.'

'Kalau macam tu, baguslah,'kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran,
saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta
keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

'Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,' kata saya sebelum
meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah
parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya
beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian
teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan
semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah
saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat
memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya
itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali
ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

'Ustaz,'katanya,

'Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu'

'Kenapa?'pantas saya bertanya....

'Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan
ceritakan segala-galanya'. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun
kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah
memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya 'Kenapa?'

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

'Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah
berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu
selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.'

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya,
tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar
seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa
lelaki.

'Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata
Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap
zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.'Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya
beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan
dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya
kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.'
Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya
mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin
bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada
isterinya. Budi bahasa pun elok.

'Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,'kata
saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya
pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan
jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.'

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang,
kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak
dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus
azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak
relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.'

'Ampunkan dia?' Arifin bertanya balik.

'Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain,
kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?'tingkah
Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

'Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,' jelas saya.
Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya
katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku
dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan
cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

'Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki
dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar
ikhlas,' jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya
nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu
Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

'Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,' kata saya. Seminggu
kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan
isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi
tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat
Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

'Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada
saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila
dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,
tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan
tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

'Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi
mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah
mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki,
hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa

P/S : Sekadar untuk pengajaran..

senyum, jangan tension-tension

Senyum, janganlah tension-tension.

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti
orangtu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang
banyakkat bebudak lain. Adadapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn
adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau
Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak=tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana
telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur d=
pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Adamasaalah apa ....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s
Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension=.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Mawar Merah Di Langit.. Tanda Kiamat Makin Hampir


JANGANLAH KITA MENGEJAR KEMEWAHAN DUNIA...............PERBANYAKKAN AMAL UNTUK KEMEWAHAN DI AKHIRAT KELAK.

AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI
DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK DILANGIT YG PECAH... DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN ISLAM.........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;

"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***

AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA KEDUNIAAN..................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN
AKHIRAT.................. DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....

ORANG YANG MENCINTAI KAMU

ORANG YANG MENCINTAI KAMU....





1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberi kan alasan

kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan mata nya hanya ada

kamu satu-satu nya.





2] Walau pun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak

perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impian

nya.





3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa ada nya, di hati

dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa

berat badan kamu sudah bertambah.





4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang

kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.





5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'Selamat

Pagi','Selamat Hari Minggu', 'Selamat Tidur', 'Take Care', dan lain-lain

lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS

itulah dia menyatakan cinta nya, menyata kan dalam cara yang berbeza,

bukan "aku CINTA pada mu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.





6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundang nya ke

majlis yang kamu adakan, setidak-tidak nya dia akan menelefon untuk

mengucapkan selamat atau mengirim SMS.





7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang

dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah

melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan

saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa

berulang selalu.





8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang

kamu ucapkan, bah kan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah

mengungkap kannya.

kerana dia menyemat kan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata

penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan?

pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.





9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran

kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa

kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaan nya juga, walaupun sukar

meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.





10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema,

atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk

bertanya keadaan kamu - kerana dia imbang kan tentang kamu, peduli

tentang kamu.











11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila

ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS

'good luck'

untuk memberi semangat kepada kamu.





12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang

mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang

itu sangat istimewa.











13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang

bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.

Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah

menggegarkan dunianya.





14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan

ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu .





15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa

memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh

membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar

takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'





16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada

seperti seorang kekasih.





17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL

seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu

di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang

memikirkan kamu.





18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan

melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu

mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf

dan tak akan melakukannya lagi.





19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn

sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia

begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak

dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.





20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi

sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu

walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia

juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu

menjadi benda-benda berharga buatnya.





21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi

menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,

walaupun hal itu membunuh hatinya.





22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan

dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari

orang lain.

Dia sentiasa menunggu kamu.





23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya

sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia

tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia

berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar

mengerti apa itu cinta.





[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika

ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal

melakukannya! ]